Utusan Borneo (Sarawak)

MBKS kemuka cadangan henti guna plastik

Wee bercadang mengadakan mesyuarat bagi tujuan tersebut namun tidak menyatakan tarikh dan masa

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengemukak­an cadangan agar semua operator kedai, pasar raya dan pusat beli-belah menghentik­an penggunaan beg plastik.

Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng berkata demikian lantas bercadang untuk mengadakan mesyuarat bagi tujuan tersebut namun tidak menyatakan tarikh dan masa.

“Saya fikir untuk menghentik­an penggunaan beg plastik, anda tidak perlu dua tahun untuk mengharamk­annya bukan?

“Walaupun sebelum ini kita telah menyasarka­n untuk tidak akan menggunaka­n beg plastik menjelang 2025.

“Jika kita boleh mulakan secepat mungkin adalah lebih baik. Mudah-mudahan, kita dapat mencapainy­a menjelang 2024,” katanya ketika ditanya pemberita semalam.

Beliau sebelum itu telah mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana MBKS 2024 di sini semalam.

Perkara tersebut harus dijalankan segera menyedari akan perubahan iklim yang kian tidak menentu yang kini menimbulka­n pelbagai isu dan masalah, tegas beliau lagi.

Operator dan pemiilik pasar raya, kedai dan pusat beli-belah juga perlu tegas untuk menyokong usaha itu.

“Ada kalanya, bila kita di pusat beli-belah atau pasar raya mereka akan memberitah­u anda bahawa ‘oh maaf hari ini tidak akan diberi plastik tetapi jika anda mengingink­annya perlu membayar 20 sen’.

“20 sen itu murah tetapi ia akan menyebabka­n bahaya kepada alam sekitar kita.

“Begitu halnya kepada penjaja makanan juga untuk menggalakk­an pembeli membawa bekas makanan sendiri.

“Kita akan mulakan dengan pasar raya dan kemudian penjaja selepas ini,” tambahnya.

“Saya fikir untuk menghentik­an penggunaan beg plastik, anda tidak perlu dua tahun untuk mengharamk­annya ” bukan?. Dato Wee Hong Seng Datuk Bandar MBKS

 ?? ?? TEGAS: Wee ketika bercakap mengenai cadangan menghentik­an penggunaan beg plastik di Kuching semalam.
TEGAS: Wee ketika bercakap mengenai cadangan menghentik­an penggunaan beg plastik di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia