Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana MBKS sedia hadapi kemungkina­n banjir

-

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sedang dalam keadaan bersedia menghadapi kemungkina­n banjir dan bencana lain di sini.

Demikian kata Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng kepada pemberita pada sidang media Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana MBKS 2024 semalam.

“Pihak kita telah memasang sepanduk di tujuh zon dalam kawasan MBKS.

“Dalam sepanduk tersebut tertera nama, muka ahli majlis berkaitan dan nombor yang boleh dihubungi sekiranya terdapat kecemasan bencana berlaku di kawasan masing-masing.

“Tindakan ini kita ambil berikutan persediaan musim monsun yang akan membawa lebih banyak hujan daripada biasa, bencana lain juga,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, penubuhan jawatankua­sa itu selaras dengan slogan pihaknya untuk tahun ini iaitu ‘MBKS We Care’.

Usaha tersebut turut melibatkan ketua masyarakat setempat di setiap kawasan zon untuk membantu ahli majlis.

“Ia selaras dengan ussaha kita sekarang kerana mahu mengelak serta mengurangk­an kerugian akibat bencana yang berlaku.

“Pada masa yang sama, untuk mempercepa­tkan bantuan kepada mangsa yang terjejas dan mencapai kerja pemulihan yang pantas.

“Ini adalah tugas ahli majlis kita, jadi anda yang ingin mengadu, perlulah melalui saluran yang betul dan jangan gunakan orang tengah atau di Facebook, kami tidak akan melayan anda,” tegasnya.

MBKS terbahagi kepada tujuh zon iaitu Zon 1 terdiri daripada Seng Goon, Hui Sing, Stampin Green Heights dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

Zon 2: Tabuan Heights, Stutong, BDC, Kempas Heights dan Seladah, Zon 3: Ong Tiang Swee, Batu Lintang, Bormill Estate, Laman Bong Chin, Laksamana Cheng Ho, Marble Garden, Kenny Hill dan Jalan Upland.

Zon 4: Tabuan Dusun, Tabuan Laru, Samajaya, Tabuan Park, Kampung Tabuan Melayu/Desa, Jalan Setia Raja, Zon 5: Padungan, Foochow, Petanak, Song Thian Cheok.

Juga Zon 6: Jalan Peace, Pending, Bintawa, Jalan Pelabuhan, Jalan Kilang, Jalan Semangat, Taman Riveriew, Sungai Apong dan Zon 7: Jalan Chawan, Kenyalang Park, Taman Supreme serta Jalan Foochow No.1.

Bagi Zon 1 nombor yang boleh dihubungi adalah Ahli Majlis Isaac Lee (0112422132­8), Dato Azizi Morni (013-8187967), Jong Jia Chee (010-9800111) dan Lamanu Talit (012-8700197).

Zon 2 Ahli Majlis Mujah Aton (019-8885311), Dzamaluddi­n Zainudin (0168971887), Kiing Sie Ying (019-8397785) dan Shankar Ram Pohumall Asnani (0198567143). Zon 3: Ahli Majlis Mok Chuang Ping (0198188750), Drahman Jaladin (012-8103556), Roy Percival Rentap Mason (0112769595­2), Misiah Abdullah (016-5771870).

Zon 4: Ahli Majlis Sufian Ateng (011-16077769), Sa’amah Bojeng (0116161010­0), Othman Bujang (016-8955475), Liew Leong Yee (016-8839620), Thomas Sim (010-8939683).

Zon5:BongSiakPe­ng(0138283183), Wung Duk Ying (016-8099207), Hemang Yu Abit (013-8418440), Mohd Badrulhisy­am Muta-ee (012898 1456).

Zon 6: Ahli Majlis Chai Ju Loon (012-8996868), Judy Kho (016-8001592), Fadzillah Ahmadi Datuk Ali (0128999867), Salina Mohammad Salleh (019-8182560).

Zon 7: Ahli Majlis Albert Tay (019-8291211), Andy Lester Tan (014-2066997), Theresa Dunstan Udam (013-8182607), Candida Entri (014-6995012) dan Eric Tay (019-8899186).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia