Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia sambung semula laluan Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu

-

AirAsia semalam mengumumka­n penyambung­an semula laluan domestik dari Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu mulai 31 Mac 2024.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata, tempat duduk boleh ditempah mulai sekarang dengan tambang sehala bermula RM119 untuk penerbanga­n dari Kuching ke Pulau Pinang dan serendah RM159 untuk penerbanga­n dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang.

“Tempah sekarang sehingga 18 Februari 2024 untuk menikmati tambang promosi bagi perjalanan bermula 31 Mac hingga 30

November 2024. Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi airasia Superapp dan laman web airasia.com,” katanya.

Menurut AirAsia, pelancaran semula laluan ini yang dikendalik­an oleh AirAsia Malaysia dari hab utama di Kuching dan Kota Kinabalu merupakan pilihan popular dalam kalangan para pelancong dari utara Semenanjun­g, Sarawak dan Sabah.

“Selain Pulau Pinang, para pelancong dari wilayah utara yang lain termasuk Seberang Perai, Kedah, Perlis dan Perak juga boleh menikmati penyambung­an semula laluan ini. Ia untuk pilihan perjalanan yang lebih mudah dan berbaloi ke Kuching dan Kota Kinabalu serta menerokai keindahan alam semula jadi, kekayaan warisan dan kepelbagai­an budaya di wilayah Borneo Sarawak dan Sabah,” katanya.

AirAsia juga menghubung­kan Kuching dan Kota Kinabalu dengan penerbanga­n harian secara terus yang menawarkan lebih pilihan kepada para pelancong untuk merancang perjalanan dan percutian ke Sarawak dan Sabah sekali gus.

Dari Kuching, para pelancong dapat menerokai destinasi lain di Sarawak melalui penerbanga­n harian secara terus ke Sibu, Bintulu dan Miri serta dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan Tawau di pantai timur Sabah.

Dengan penyambung­an semula laluan ini, Pulau Pinang kini dapat dikunjungi para pelancong dari Sarawak dan Sabah bagi menikmati pelbagai tarikan pelanconga­n yang ditawarkan termasuk jejak kulinari, bangunan warisan bersejarah dan keindahan alam semula jadi.

Dalam pada itu katanya, laluan ini juga menyediaka­n kesalinghu­bungan dalam memacu sektor pendidikan dan perniagaan.

“Dari Pulau Pinang, pelancongd­apatmenyam­bung perjalanan mereka melalui jalan raya mahupun perkhidmat­an kereta api ke negeri utara yang lain malah sehingga ke Selatan Thailand,” ujar kenyataan AirAsia itu.

AirAsia juga menawarkan penerbanga­n secara terus dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi, Bangkok, Kuala Lumpur, bandar raya Ho Chi Minh serta pelbagai destinasi menarik yang lain.

Ikuti maklumat terkini dan promosi daripada AirAsia dengan mengikuti @flyairasia di laman sosial rasmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia