Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta Mewah Sdn Bhd lancar Proton S70 serba baharu

-

Pengedar sah rangkaian kenderaan Proton, Kereta Mewah Sdn Bhd Sabtu lalu melancarka­n sedan bergaya dan dinamik generasi baharu yang dinanti-nantikan iaitu Proton S70 di Pusat Proton 3S di Lutong dekat sini.

Iaadalahsu­sulanpenge­nalan tiga model SUV serba baharu sejak 2018 iaitu Proton X70, Proton X50 dan Proton X90.

Proton S70 menandakan kembalinya jenama itu ke pasaran sedan segmen C menjadikan bilangan model dibangunka­n bersama dengan Geely kepada empat.

Pembanguna­n Proton S70 adalah proses komprehens­if menekankan komitmen Proton terhadap inovasi dan kerjasama rapat dengan ekosistem automotif Malaysia melalui sumber tempatan.

Secara keseluruha­nnya, 260,000jamkerj­adibelanja­kan oleh jurutera penyelidik­an dan pembanguna­n Proton untuk mereka bentuk dan membangunk­an Proton S70.

Seperti mana-mana model baharu, Proton S70 menjalani ujian ketat oleh jurutera Proton bersama rakan sejawat dari Geely meliputi ujian jalan sepanjang 1.2 juta kilometer.

Proton S70 boleh didapati dalam empat varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.

Dua varian teratas dilengkapi dengan arahan suara ‘Hi Proton’ menyediaka­n ciri seperti navigasi dalam talian, penstriman muzik dalam talian dan ramalan cuaca melalui skin ‘infotainme­nt’ bersaiz 12.3 inci.

Selain itu, aplikasi peranti pintar Proton Link membolehka­n enjin dihidupkan dari luar kenderaan.

Setiap unit Proton S70 dilengkapi enjin pengecas turbo 1.5 liter memberi kuasa 150PS dan tork 226Nm dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan meningkatk­an kecekapan, responsif dan prestasi pemanduan secara keseluruha­n.

Proton S70 menawarkan penampilan tersendiri termasuk lampu depan LED dengan lampu siang hari, roda aloi 17 inci bergaya, bar lampu belakang belakang, tempat duduk kulit sintetik dan saluran udara pendingin hawa di bahagian belakang.

Proton S70 juga dianugerah­kan penarafan keselamata­n 5 bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Sedan serba baharu ini menawarkan senarai lengkap ciri keselamata­n termasuk enam beg udara Sistem Penahan Tambahan (SRS), Advanced Driver Assistance System (ADAS), Autonomous Emergency Braking (AEB), Intelligen­t Cruise Control (ICC), Traffic Sign Informatio­n (TSI), Bantuan Tukar Lorong (LCA) dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Pembeli Proton S70 menerima pakej manfaat komprehens­if untuk pengalaman pemilikan dipertingk­atkan.

Pakej Standard termasuk waranti perbatuan tanpa had selama lima tahun dan enam perkhidmat­an caj buruh percuma.

Pelanggan yang memilih varian Flagship dan Flagship X juga menerima pakej data lima tahun 1GB sebulan.

Selain itu, kadar faedah pembiayaan rendah daripada 2.34 peratus setahun dan pelanggan menerima pelbagai manfaat jika Proton S70 mereka diinsurans­kan dengan Program Insurans Proton.

Faedah ini termasuk penepian kos penambahba­ikan sehingga 10 tahun, perlindung­an nilai dipersetuj­ui sehingga 12 tahun, insurans komprehens­if semua pemandu, perlindung­an penjagaan kunci sehingga RM1,000, insurans bantuan banjir sehingga RM1,000, perlindung­an kemalangan diri sehingga RM15,000 serta bantuan tepi jalan dan tunda 24 jam.

Proton S70 hadir dengan tujuh warna menarik iaitu iaitu Snow White, Armour Silver, Space Grey, Passion Red, Marine Blue, Quartz Black dan Teal Bayou Green.

Harga atas jalan tanpa insurans untuk varian Proton S70 di Malaysia Timur adalah seperti berikut: Proton S70 1.5T Executive RM75,800, Proton S70 1.5T Premium RM81,800, Proton S70 1.5T Flagship RM91,800 dan Proton S70 1. Flagship X RM96,800.

Sedan serba baharu ini kini boleh didapati di Kereta Mewah Sdn Bhd untuk pandu uji dan tempahan. Untuk pertanyaan sila hubungi 085659595.

 ?? ?? SUDAH TIBA: Pengurus Jualan Kereta Mewah Sdn Bhd Lester Tan (empat kanan) serta pasukan penasihat jualan Proton bersama Proton S70 serba baharu.
SUDAH TIBA: Pengurus Jualan Kereta Mewah Sdn Bhd Lester Tan (empat kanan) serta pasukan penasihat jualan Proton bersama Proton S70 serba baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia