Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 3,000 pengunjung banjiri Farley Kuching saksi persembaha­n band 3P

-

Lebih 3,000 pengunjung telah membanjiri pekarangan pasar raya Farley Kuching malam kelmarin untuk menyaksika­n persembaha­n band Cina Malaysia, 3P (Threee Production) untuk Malam Gala sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024.

Begitu juga terdapat persembaha­n daripada artis tempatan dan kumpulan kebudayaan masyarakat Cina seperti persembaha­n 24 gendang oleh Sekolah Menengah Kuching Chung Hua No.3.

Sebelum itu, orang ramai telah dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian oleh Riona dan Emily, kedua-duanya merupakan sebahagian daripada kumpulan hiburan Sarawak yang dipanggil ‘Hapipie’.

Semua persembaha­n dibuat di pentas yang khas disediakan di luar bangunan Farley Kuching dan turut diserikan dengan kedatangan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng.

Wee memuji Farley kerana menganjurk­an malam gala itu untuk orang ramai sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

“Pasar raya Farley telah memperluas­kan cawanganny­a dari Bintulu, Sibu, Samarahan dan

kini ke Kuching sejak penubuhann­ya.

“Ia terus meletakkan dirinya sebagai pusat sehenti

untuk membeli pelbagai barangan mampu milik untuk pengguna, pada masa yang sama mewujudkan

banyak peluang pekerjaan,” kata Wee sewaktu berucap merasmikan majlis malam kelmarin.

Sebagai acara penutupan diadakan persembaha­n tarian singa menaiki tiang tinggi dan penyampaia­n replika cek berjumlah RM5,000 setiap satu daripada Kumpulan Farley kepada badan amal.

Mereka adalalah Sekolah Menengah Kuching Chung Hua No.3, Bahagian Kebudayaan dan Tarian Masyarakat Buddha Kuching dan Persatuan Paliatif Kuching.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Kumpulan Farley Lau Siew Whye dan Pengarah Urusan Farley Eiseng Lau.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Wee (lima kiri) bersama kenamaan lain bergambar kenangan bersama para penerima sumbangan yang hadir di majlis itu malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Wee (lima kiri) bersama kenamaan lain bergambar kenangan bersama para penerima sumbangan yang hadir di majlis itu malam kelmarin.
 ?? ?? MANTAP: Kumpulan band terkenal Cina di Malaysia 3P membuat persembaha­n di Farley Kuching malam kelmarin.
MANTAP: Kumpulan band terkenal Cina di Malaysia 3P membuat persembaha­n di Farley Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia