Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi kerajaan sedia perkhidmat­an dalam talian

Selaras hasrat menuju ke arah pendigital­an untuk kongsi maklumat korporat, fungsi, direktori kakitangan, perkhidmat­an

- Grace Huong Siew Hung Pengarah Unit Digitalisa­si Perkhidmat­an Awam Sarawak

KUCHING: Pelbagai agensi kerajaan negeri ini telah menyediaka­n perkhidmat­an dalam talian selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak menuju ke arah pendigital­an.

Pengarah Unit Digitalisa­si Perkhidmat­anAwamSara­wak (SCSDU) Grace Huong Siew Hung berkata, setiap agensi kerajaan negeri mempunyai laman web sendiri untuk diselengga­ra dengan tujuan untuk berkongsi maklumat korporat, fungsi, direktori kakitangan dan perkhidmat­an agensi masing-masing.

Menurut beliau, ke arah itu adalah penting bagi juruweb untuk mengemas kini dan memaparkan perkhidmat­an agensi di tapak web.

“Oleh itu, kita (agensiagen­si kerajaan negeri) mesti memastikan laman web agensi kerajaan sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini.

“Tambahan pula, kandungan mestilah dalam dwibahasa iaitu dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris kerana ia merupakan salah satu kriteria di bawah penilaian Kementeria­n Digital yang sebelum ini dikendali pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU),” katanya yang dipetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Beliau berkata demikian pada Program Minggu Digitalisa­si SCSDU di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Grace berkata MAMPU telah melaksanak­an sistem baharu yang dinamakan Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLASK) untuk penilaian laman web.

“Kamijugate­lahmenamba­h baik dan mereka bentuk enam templat untuk dipilih oleh juruweb dan ia membenarka­n campuran dan padanan dalam enam templat.

Oleh itu, kita (agensi-agensi kerajaan negeri) mesti memastikan laman web agensi kerajaan sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini.

“Saya berharap semua juruweb mempunyai acara yang bermanfaat dan mengambil peluang ini untuk belajar dan bertanya soalan untuk memastikan semua laman web agensi kerajaan dikemas kini dengan maklumat dan perkhidmat­an terkini yang membolehka­n orang ramai mengakses,” ujarnya.

Program Minggu Digitalisa­si SCSDU diadakan selama lima hari bermula 29 Januari hingga 2 Februari 2024 yang disertai seramai 170 penjawat awam daripada pelbagai agensi.

 ?? — Gambar UKAS ?? AMANAT: Grace ketika menyampaik­an ucapan pada Program Minggu Digitalisa­si SCSDU semalam.
— Gambar UKAS AMANAT: Grace ketika menyampaik­an ucapan pada Program Minggu Digitalisa­si SCSDU semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia