Utusan Borneo (Sarawak)

56 pain darah berjaya dikumpul daripada 66 penderma darah

-

Sejumlah 56 pain darah berjaya dikumpul daripada 66 penderma yang tampil menderma darah semasa kempen menderma darah anjuran bersama Pertubuhan Pembanguna­n Insan Sarawak (PPIS) dan Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) Sabtu lalu.

Presiden PPIS Manjeet Kaur Sidhu berkata, kempen itu merupakan yang ke-15 dianjurkan dengan kerjasama Tabung Darah HUS.

Menurutnya objektif utama kempen itu ialah membantu Tabung Darah HUS mendapatka­n bekalan darah bagi keperluan pesakit di hospital berkenaan.

Beliau berkata berdasarka­n maklumat daripada Tabung Darah HUS, minimum 70 beg darah diperlukan sehari bagi merawat pesakit.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan CityOne Megamall kerana menyediaka­n ruang atau tempat untuk menganjurk­an kempen ini. Terima kasih juga kepada Lepau kerana menaja makan tengah hari kepada sukarelawa­n dan kakitangan HUS.

“Kita dibantu oleh 20 orang Leos dari Sekolah Swasta St Joseph bersama penasihat mereka dan penasihat Leo. Ini kali kelima penglibata­n mereka dalam kempen ini. Mereka membantu melancarka­n penjalanan kempen,” katanya menerusi kenyataan kelmarin.

Manjeet bertambah, sukarelawa­n Leos juga membantu meyakinkan orang ramai agar tampil menderma darah dalam usaha membantu pesakit yang memerlukan.

“Selain kempen kali ini berjaya mengumpulk­an 56 pain darah, beberapa potensi penderma terpaksa kita ‘tolak’ kerana sasaran 50 beg (darah) berjaya dicapai dua jam sebelum kempen berakhir.

“Pasukan dari Unit Perolehan Organ HUS juga mengambil kesempatan pada kempen kali ini untuk menyebarka­n kesedaran mengenai Ikrar Derma Organ,” katanya.

Manjeet berkata pihaknya merancang untuk melibatkan kem perubatan bagi kesedaran kanser payudara, katarak, ikrar derma organ dan banyak lagi pada Kempen Derma Darah alam datang.

“Berilah sokongan penuh kepada kami. Kami akan memaklumka­n orang ramai masa dan lokasi kempen akan datang menerusi FB (Facebook), media dan program-program capaian lain,” tambahnya.

 ?? ?? DERMA: Manjeet (kanan) merakam kenangan bersama sebahagian daripada penderma, Leos dan kakitangan Tabung Darah HUS.
DERMA: Manjeet (kanan) merakam kenangan bersama sebahagian daripada penderma, Leos dan kakitangan Tabung Darah HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia