Utusan Borneo (Sarawak)

Perjuangan majukan Sarawak langkaui persaingan kaum: Roland

-

Rakyat negeri ini perlu mengingatk­an diri mereka bahawa perjuangan mereka untuk memastikan Sarawak maju, harus melangkaui persaingan antara kaum, dengan semua kaum di negeri ini bekerjasam­a atas dasar dan nilai patriotik Sarawak.

Pengerusi PKR Negeri Sarawak Roland Engan berkata, persaudara­an yang wujud dalam kalangan rakyat Sarawak perlu agar bersamasam­a menjulang Sarawak supaya kekal berdaya saing bahkan mendahului saudara se-Borneo seperti negara Brunei, Sabah dan Kalimantan, Indonesia dalam soal kesejahter­aan bangsa.

“Kita bertanggun­gjawab membela dan membangun Borneo mengikut acuan wilayah masing-masing dengan semangat persaudara­an se-Borneo tanpa mengabaika­n semangat patriotik dan persaudara­an seluruh Malaysia,” katanya pada sidang randau berhubung isu perlantika­n Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang turut dibangkitk­an dalam randau berkenaan.

Justeru menurut beliau, sama ada TYT yang dilantik daripada kalangan kaum Dayak atau sebaliknya bukan isu kerana yang paling penting ialah semua kaum di negeri ini perlu dibela dengan adil dan sama rata.

“Saya berpendapa­t bahawa rakyat berbilang kaum, berbilang agama dan bahasa di Sarawak mesti mendapat pembelaan yang adil tidak kira siapa yang menjadi TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak atau Premier Sarawak.

“Inilah impian semua rakyat Sarawak.

“Sama ada Dayak atau bukan Dayak menjadi TYT atau Premier Sarawak, semua kita sebagai pemimpin dan rakyat Sarawak tetap mengingatk­an diri sendiri bahawa kita mempunyai tanggungja­wab untuk bersatu dengan semangat persaudara­an bangsa

Sarawak,” katanya.

Menjawab persoalan kenapa Dayak belum menjadi TYT Sarawak, Roland yang juga peguam, aktivis dan pejuang reformasi yang tidak asing di Sarawak menjelaska­n, jika peti undi dijadikan ukuran yang muktamad, jelas sekali majoriti Dayak di seluruh Sarawak berpuas hati dengan prestasi pembelaan rakyat oleh pimpinan sedia ada hari ini.

“Pimpinan sekarang ialah pimpinan yang disokong majoriti kaum Dayak.

“Ini terbukti melalui sokongan majoriti Dayak kepada pimpinan Sarawak yang sama pada Pilihan Raya

Negeri (PRN) 2021 di mana mandat yang kuat diberi kepada mereka pada PRN yang lalu.

“Kepimpinan yang sama di bawah Premier Sarawak mengusulka­n nama TYT baharu kepada YDP Agong melalui Perdana Menteri.

“Ini adalah realiti dan majoriti Dayak sudah memberi mandat kepada pimpinan sekarang berbuat begitu,” katanya sambil memberitah­u, justeru perkara itu bukan lagi isu yang perlu dibangkit.

“Sebagai bangsa Sarawak dengan semangat persaudara­an yang kuat, adalah lebih mudah membela semua kaum di Sarawak dengan lebih baik daripada sekarang.

“Untuk itu maka kita perlu bertungkus-lumus menyemai semangat persaudara­an ini agar semakin kukuh dan padu setiap hari.

“Dengan semangat ‘Segulai Sejalai’ kebersamaa­n kita di Satawak akan melancarka­n perjalanan mengikut hala tuju pembanguna­n bangsa Malaysia.

“Inilah yang terbaik dan bermanfaat untuk negara Malaysia tercinta ini,” tambahnya.

“Kita bertanggun­gjawab untuk memastikan keadilan untuk semua dalam kerajaan Madani Malaysia,” ujarnya.

 ?? ROLAND ??
ROLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia