Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Meet and Greet’ AMANITA dekatkan golongan wanita dengan polis

-

SRI AMAN: AMANITA Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengadakan Program Meet and Greet (PMG) di Taman Vistagro di sini.

Program itu disertai seramai tiga ahli AMANITA IPD Sri Aman bersama dua anggota MPV.

Program tersebut untuk menerapkan konsep ‘engagement’ kepada masyarakat melalui cara mendekati golongan wanita atau suri rumah sekitar lokasi serta memberi penerangan tentang AMANITA, peranan serta tanggungja­wabnya.

Ia juga menerapkan konsep ‘omnipresen­ce’ melalui kehadiran polis dalam usaha mewujudkan keselamata­n kalangan masyarakat dan bersama berganding bahu membantu polis mengekang kejadian jenayah di kawasan setempat.

Selain itu, AMANITA menasihati masyarakat setempat serta ahli keluarga mereka supaya tidak terlibat atau terjebak dengan pembelian dalam talian dan tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Mereka disarankan mengikuti Facebook @JSJKPDRM@CyberCrime­AlertRMP bagi mendapatka­n lebih banyak info berkaitan modus operandi jenayah komersil.

Turut sama Ketua Polis Balai Lingga Sarjan Hasmadi Salleh bersama anggota Balai Polis Lingga dan anggota MPV Sri Aman.

Pada program tersebut, seramai empat wanita atau suri rumah mendaftar sebagai Rakan AMANITA.

‘Peace Lady’ (AMANITA) merupakan pendekatan terbaik dalam memperoleh­i maklumat jenayah tidak

dilapor dan menghubung­kan polis wanita dengan persatuan penduduk terutama suri rumah.

Dengan adanya hubungan erat dan aktif antara AMANITA dengan masyarakat mampu mengurangk­an tahap kebimbanga­n terhadap jenayah dan pada masa sama mengubah persepsi masyarakat terhadap kualiti pasukan polis.

 ?? ?? DEKATI WANITA: Anggota AMANITA mengadakan ‘Meet and Greet’ di Taman Vistagro, Sri Aman.
DEKATI WANITA: Anggota AMANITA mengadakan ‘Meet and Greet’ di Taman Vistagro, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia