Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n Meradong pada landasan memberangs­angkan

Pelbagai pembanguna­n merangkumi kemudahan infrastruk­tur, ekonomi dan sosial kini giat dilaksana

- Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Pembanguna­n di Meradong kini bergerak pada landasan memberangs­angkan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, pelbagai pembanguna­n merangkumi kemudahan infrastruk­tur, ekonomi dan sosial kini giat dilaksanak­an di sini.

“Malah, ada sebahagian­nya pembanguna­n terbabit sudah dinikmati oleh masyarakat di sini.

“Itulah nikmat apabila pentadbira­n dan wakil rakyat sesebuah kawasan itu dari bumbung sama kerana faktor ini memudahkan semua pihak bekerjasam­a memastikan pembanguna­n berterusan.

“Kita berharap suasana dan kesefahama­n ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi pembanguna­n dan kemajuan bersama,” katanya pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di sini malam kelmarin.

Sekitar 200 ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor diraikan pada majlis itu.

Ding turut melahirkan penghargaa­n dan terima kasih kepada ahli-ahli SUPP Bintangor kerana sentiasa memberi sokongan kepada semua wakil rakyat di kawasan itu.

“Jalinan kerjasama antara satu sama lain membawa pembanguna­n di kawasan ini dan kepentinga­n rakyat harus diutamakan.

“Pada tahun ini, Tebingan

Bintangor dinaiktara­f dan pembinaan Pasar Sentral Bintangor juga mendapat kelulusan melalui RADDA Sarawak.

“Kita berharap kemudahan ini memberi ruang

mencukupi untuk penjaja berniaga pada hujung minggu sekali gus melonjakka­n sumber pendapatan penduduk setempat,” jelasnya.

Hadir sama wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Gung Chiu Kion, Timbalan Pengerusi SUPP Bintangor Chieng Buong Ong, Ketua Wanita SUPP Bintangor Kaunselor Chieng Ming Kiong, Ketua Pemuda SUPP Bintangor Ley Chee Hua dan ketua-ketua masyarakat.

“Malah, ada sebahagian­nya pembanguna­n terbabit sudah dinikmati ” oleh masyarakat di sini. Datuk Ding Kuong Hiing ADUN Meradong

 ?? ?? MERIAH: Ding ketika menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Bintangor, Sarikei malam kelmarin.
MERIAH: Ding ketika menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Bintangor, Sarikei malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia