Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 90 peserta sertai latihan pengembang­an pertanian hidroponik

- Sumbangan Asniar Salim (Pegawai Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidik­an UPMKB)

SERAMAI 90 peserta terdiri daripada penduduk Kampung Badong, Daro dan Kampung Semop di Pulau Bruit menyertai latihan pengembang­an pertanian tanaman hidroponik sempena Program ‘Outreach’ Pendidikan Tinggi di Daro.

Program anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Daro, Mukah itu diadakan dalam dua sesi.

Sesi pertama melibatkan seramai 38 peserta dari Kampung Badong, Daro dan sesi kedua untuk 52 peserta Kampung Semop merangkumi pelbagai kaum, umur dan taraf pendidikan.

Peserta merupakan penduduk berminat dalam tanaman hidroponik secara sara hidup di rumah atau ingin mengusahak­an tanaman hidroponik dalam skala besar.

Penyelaras program merangkap fasilitato­r projek, Sudirman Asmadi berkata latihan itu merupakan serampang dua mata dalam meningkatk­an kesedaran pelajar melanjutka­n pengajian ke universiti dan memberi kefahaman masyarakat peranan universiti melalui aktiviti pengembang­an pertanian

tanaman hidroponik.

Beliau berkata, kaedah latihan tanaman hidroponik adalah melalui perkongsia­n kemahiran dan pengalaman dengan mengajar secara teknikal dari mula penyediaan tapak hingga proses tanaman dan penuaian.

“Untuk peserta peringkat luar bandar seperti kawasan kampung ini, kami mengajar kaedah membina infrastruk­tur sistem hidroponik sara hidup atau skala kecil,” katanya.

Menurutnya, peralatan disediakan juga boleh didapati di sekitar kedai kawasan kampung atau bandar berhampira­n.

Pada masa sama, Ketua Kaum Kampung Badong Haslimi Hassan berkata pihaknya mengalu-alukan latihan tanaman hidroponik

seumpamany­a menjadi pengalaman baharu bagi penduduk kampung terutamany­a mengenali sistem hidroponik.

“Kita berterima kasih atas pemilihan kampung ini pada program seumpamany­a dengan harapan diteruskan pada masa akan datang,” jelasnya.

Menurutnya, penyertaan peserta terdiri pelbagai kategori pekerjaan iaitu petani, guru, pejawat awam, usahawan, pelajar sekolah menengah serta pelbagai kaum antaranya Melanau, Melayu dan Iban.

Sementara bagi Ketua Kaum Kampung Semop, Kamri Haron berkata beliau gembira melihat pelaksanaa­n program latihan diadakan dengan jayanya di Kampung Semop.

Turut diadakan demonstras­i pembuatan keropok lekor oleh pelajar-pelajar UPMKB diketuai Pegawai Tadbir Kolej Sri Rajang, UPMKB, Rosidah Basir.

 ?? ?? LATIHAN: Peserta menyertai latihan dalam kumpulan dalam penyediaan tapak semaian dan tugas-tugas lain.
LATIHAN: Peserta menyertai latihan dalam kumpulan dalam penyediaan tapak semaian dan tugas-tugas lain.
 ?? ?? PENYEDIAAN TAPAK: Pelajar UPMKB membantu menyediaka­n tapak sistem hidroponik.
PENYEDIAAN TAPAK: Pelajar UPMKB membantu menyediaka­n tapak sistem hidroponik.
 ?? ?? TUNJUK KAEDAH: Sudirman menunjuk kaedah tanaman dan penyediaan tapak sistem hidroponik.
TUNJUK KAEDAH: Sudirman menunjuk kaedah tanaman dan penyediaan tapak sistem hidroponik.
 ?? ?? PESERTA: Penduduk Kampung Badong, Daro merupakan peserta pada program tersebut.
PESERTA: Penduduk Kampung Badong, Daro merupakan peserta pada program tersebut.
 ?? ?? KONGSI: Peserta ditunjuk ajar cara membuat keropok lekor.
KONGSI: Peserta ditunjuk ajar cara membuat keropok lekor.
 ?? ?? RAKAM: Peserta Kampung Semop merakam kenangan.
RAKAM: Peserta Kampung Semop merakam kenangan.
 ?? ?? UJI: Haslimi mencuba teknik semaian dalam span.
UJI: Haslimi mencuba teknik semaian dalam span.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia