Utusan Borneo (Sarawak)

Lanun rampas kapal tunda Sri Lanka, tangkap enam kru

-

Lanun Somali yang disyaki telah menaiki dan merampas sebuah kapal tunda nelayan Sri Lanka dengan enam kru dalam serangan terbaharu terhadap perkapalan di Lautan Hindi, tentera laut Colombo kelmarin.

“Maklumat kami adalah bahawa mereka telah ditangkap oleh lanun Somali,” menurut jurucakap tentera laut Sri Lanka Gayan Wickramasu­riya, sambil menambah bahawa Lorenzo Putha–4 telah dirampas pada Sabtu kira-kira 840 batu nautika di tenggara bandar utama Mogadishu di Somali.

Pihak Huthi Yaman telah melancarka­n beberapa serangan di Laut Merah dan Teluk Aden menyasari beberapa kapal yang dikaitkan dengan rejim Israel susulan genosid di Semenanjun­g Gaza.

Pasukan tentera laut antarabang­sa melencong ke utara dari Teluk Aden ke Laut Merah, mencetuska­n kebimbanga­n mengenai kemunculan lanun yang mengeksplo­itasi jurang dengan kes pertama berjaya kegiatan lanun Somali sejak 2017 direkodkan pada Disember.

“Sri Lanka telah memaklumka­n Tentera Maritim Bersepadu,” Wickramasu­riya memberitah­u AFP, merujuk kepada pakatan anti-lanun antarabang­sa.

Beliau menyatakan pasukan tentera laut dari negara jiran India telah menghantar sebuah kapal perang untuk menyiasat, sementara pasukan tentera laut Sri Lanka turut menyediaka­n sebuah kapal untuk pergi ke kawasan itu.

Serangan lanun di luar pantai Somali meningkat pada 2011, dengan penyerang bersenjata melancarka­n serangan sejauh 3,655 kilometer (2,270 batu) dari pantai Somali di Lautan Hindi, sebelum menurun dengan mendadak sejak beberapa tahun lepas.

Pada bulan lepas lanun Somali telah merampas kapal pengangkut besar MV Ruen.

Kapal milik Bulgaria yang didaftarka­n di Malta itu telah dirampas lanun Somali 380 batu nautikadit­imurYamand­ipulau Socotra pada 16 Disember.

Lanun yang membebaska­n seorang kelasi yang tercedera untukdiraw­attenteral­autIndia, merampas MV Ruen dan baki 17 kru ke negara separuh autonnomi Puntland di Somalia.

Pada awal bulan ini, Sri Lanka mengumumka­n ia sedang menyertai satu pasukan petugas maritim yang diketuai AS di Laut Merah bagi melindungi perkapalan antarabang­sa daripada serangan pemberonta­k Huthi.

Bagaimanap­un, pulau yang mengalami masalah kewangan itu belum menghantar sebuah kapal.

Presiden Ranil Wickremesi­nghe telah menyatakan bahawa serangan Huthimenam­bahkan kos muatan dan memberi kesan kepada eksport pakaian dan teh di Sri Lanka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia