Utusan Borneo (Sarawak)

Enam korban letupan di timur laut Nigeria

-

Enam orang termasuk empat kanak-kanak, terbunuh pada Sabtu lepas apabila satu bahan letupan yang diambil oleh pencari besi lama meletup di timur laut Nigeria di daerah Borno di mana pasukan tentera sedang menentang kumpulan pelampau, seorang pegawai tempatan dan dua militia anti-pelampau memberitah­u AFP kelmarin.

Bom buatan sendiri itu meletup ketika dua pencari besi lama sedang menyusun barang buangan yang dikumpul dari semak di luar pekan Gubio, 80 kilometer dari bandar utama wilayah Maiduguri, menurut sumber.

“Enam orang telah terkorban dalam letupan IED (bahan letupan buatan sendiri), dua lelaki dan empat kanakkanak yang merupakan pelajar di sebuah madrasah berhampira­n tempat kejadian,” kata Mali Bulama, pentadbir politik daerah Gubio.

Identiti kedua-dua mangsa lelaki masih belum dikenal pasti kerana cedera parah akibat letupan yang berlaku di dalam sebuah bangunan belum siap dibina yang digunakan untuk menyimpan besi terpakai, tambah Bulama.

Ketua militia Babakura Kolo menyatakan lelaki itu sedang menyelongk­ar di antara timbunan besi ketika alat itu meletup.

“Pengumpul besi buruk itu sedang menyelongk­ar besi bagi kemungkina­n objek berharga ketika mereka mengeluark­an IED dari salah satu guni dan ia telah meletup, membunuh mereka serta empat kanak-kanak yang bermain berhampira­n,” kata Kolo.

Keganasan pelampau selama 14 tahun di timur laut telah membunuh 40,000 orang dan menyebabka­n kira-kira dua juta orang meninggalk­an rumah mereka, memaksa mereka untuk tinggal dalam kem sementara di mana mereka mendapat sumbangan makanan tambahan dari badan-badan kebajikan antarabang­sa.

Ramai tiada tempat tinggal berlegar di sekitar mencari kayu api dan besi buruk untuk mendapatka­n wang bagi membeli makanan bagi menambahka­n pemberian makanan yang tidak mencukupi.

Pembalak dan pencari besi buruk termasuk peladang dan penternak telah disasari pelampau yang menuduh mereka sebagai mengintip bagi pihak pasukan tentera dan militia yang menentang mereka.

Pada Jun lepas, pihak berkuasa daerah Borno mengharamk­an pengumpula­n besi buruk selepas peningkata­n dalam serangan pejuang pelampau terhadap para pengumpul besi buruk yang dituduh pihak berkuasa merosakkan harta benda awam.

Meskipun sekatan itu, pengumpul besi buruk meneruskan pencarian mereka di seblik risiko bagi serangan pelampau dan letupan dari bahan letupan yang tidak meletup.

Pad Julai 2022, 13 pengumpul besi buruk terkorban dan tiga lagi tercedera apabila satu bahan letupan yang tidak meletup yang ditemui dari semak meletup di pekan Bama berhampira­n hutan Sambisa, enklaf pelampau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia