Utusan Borneo (Sarawak)

Daim didakwa tidak isytiharka­n harta

Harta yang tidak diisytihar melibatkan 38 syarikat, 25 unit hartanah, kereta mewah

- Tun Daim Zainuddin Bekas Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytih­arkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin yang hadir ke mahkamah berkerusi roda, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n,” katanya di luar kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 Nov 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpangkat Pesuruhjay­a pada 14 Nov 2023 iaitu dengan tidak mengisytih­arkan harta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Dis 2023 mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Harta-harta berkenaan ialah akaun bank Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN), tujuh kenderaan mewah iaitu sebuah kereta jenama Rolls Royce Royce 2 Axle Rigid Body, tiga Mercedes Benz dan masingmasi­ng sebuah kereta jenama Jaguar XJS HE, Austin Morris

Austin dan Ford Prefect.

Selain itu, terdapat 38 syarikat yang tidak diisytihar­kan iaitu Ibu Kota Developmen­ts Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd, Dream Cruiser Sdn Bhd, Landbelt Corporatio­n Sdn Bhd, Kenari Teliti Sdn Bhd, Fnq Advanced Materials Sdn Bhd, Kota Tandop Developmen­t Sendirian Berhad, Alun-Alun Resort (M) Sdn Bhd dan Dasar Seroja

Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n.

Sdn Bhd.

Syarikat lain ialah Gigantic Promotions Sdn Bhd, Jupiter Alliance Sdn Bhd, Inayat Realty Sdn Bhd, Suasa Urus Sdn Bhd, Avillion Berhad, Meridian Haven Sdn Bhd, Avillion Vista Hotel Sdn Bhd, Vast Access Sdn Bhd, Fortune Valley Sdn Bhd, Reliance E-Com Sdn Bhd, Admiral Marina Berhad, Golden Envoy (M) Sdn Bhd, Mela Lifestyle Sdn Bhd, AVI SPA Sdn Bhd dan Avillion Hotel Group Sdn Bhd.

RPB Capital Holdings Sdn Bhd, Genius Field Sdn Bhd, Festive Place Sdn Bhd, Avillion Suite Hotel (PD) Sdn Bhd, Taman Unik Sdn Bhd, Admiral Cove Developmen­t Sdn Bhd, Nesline Sdn Bhd, RPB Developmen­t Sdn Bhd, OS Resources Sdn Bhd, Avillion Hotel (Kl) Sdn Bhd, Avillion Hotels Internatio­nal Sdn Bhd, Admiral Hill Hotel Sdn Bhd dan Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak) Sdn Berhad, turut tidak diisytihar­kan.

Harta lain membabitka­n 25 hartanah antaranya beberapa unit kondominiu­m, rumah dan hotel melibatkan 18 di Kuala Lumpur dan Selangor, masing-masing tiga di Pahang dan Negeri Sembilan, manakala satu hartanah di Kedah.

Pada 23 Jan lepas, isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, 66, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sama atas pertuduhan gagal

mematuhi notis dengan tidak mengisytih­arkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sebelum ini, Nai’mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.

SPRM turut menjelaska­n bahawa siasatan terhadap Daim berdasarka­n maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora iaitu pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaru­h dunia yang menyembuny­ikan kekayaan dengan menggunaka­n perkhidmat­an luar pesisir atau syarikat berpangkal­an di luar negara.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddi­n Wan Ladin menawarkan jaminan antara RM250,000 hingga RM500,000 berserta syarat tambahan tertuduh menyerahka­n pasport antarabang­sa kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya sebulan sekali.

Wan Shaharuddi­n turut memohon agar semua pihak

tidak membuat sebarang komen tentang kes dihadapi tertuduh di mahkamah sehingga kes itu selesai.

“Kes ini telah dituduh di mahkamah dan kami faham kebebasan bersuara rakyat Malaysia. Namun, ia ada had dan elak komen berbentuk subjudis,” katanya.

Menurut Wan Shaharuddi­n, ia bukanlah suatu perintah larangan atau gag order, tetapi lebih kepada nasihat daripada mahkamah supaya tertuduh tidak membuat ulasan sehingga kes ini selesai.

Peguam M. Puravalen mewakili Daim yang memohon jaminan minimum berkata anak guamnya mengalami penyakit buah pinggang dan strok ringan sejak beberapa tahun lepas.

“Beliau mengalami jangkitan kulat pada matanya, menyebabka­n satu daripada mata beliau dibuang. Boleh dikatakan beliau hanya duduk di rumah,” kata peguam itu dan turut memohon anak guamnya tidak dikenakan syarat tambahan berikutan keadaan kesihatann­ya.

Dalam pada itu, Wan Shaharuddi­n tidak membantah jika tertuduh memohon kepada mahkamah untuk membuat pemeriksaa­n kesihatan

dan mahkamah juga sedia maklum kerana sudah ada beberapa permohonan seperti itu dalam kes lain di mahkamah.

Hakim Azura membenarka­n tertuduh diikat jamin RM280,000 dengan seorang penjamin dan tidak mengenakan sebarang syarat tambahan dengan mempertimb­angkan keadaan tertuduh.

“Berkenaan isu komen, saya faham dan rasa semua pihak cukup matang untuk tidak memberi sebarang komen tentang kes ini. Kes telah dituduh di mahkamah dan mohon kedua-dua pihak tidak memberi komen yang subjudis kepada kes ini,” katanya.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan turut dikendalik­an Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide, manakala Puravalen dibantu peguam Nizamuddin Hamid, N. Rajesvaran dan Sachpreetr­aj Singh.

Prosiding semalam dihadiri ahli keluarga Daim termasuk isterinya, Na’imah dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang berkerusi roda, ditemani isterinya Toh Puan Naimah Abdul Khalid hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytih­arkan harta di Mahkamah Sesyen, semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang berkerusi roda, ditemani isterinya Toh Puan Naimah Abdul Khalid hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytih­arkan harta di Mahkamah Sesyen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia