Utusan Borneo (Sarawak)

Sinner raih kejuaraan pertama

Dalam karier beliau pada kejuaraan Grand Slam setelah menewaskan Medvedev dalam pertarunga­n lima set di final Terbuka Australia

-

MELBOURNE: Jannik Sinner bangkit daripada ketinggala­n dua set pertama sebelum menewaskan Daniil Medvedev dalam pertarunga­n lima set di final Terbuka Australia dan menjulang kejuaraan Grand Slam yang pertama dalam kariernya pada Ahad.

Pemain kelahiran Itali yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan itu ketinggala­n 0-2 sebelum bangkit bergaya dan menang 3-6, 3-6, 6-4, 6-4 dan 6-3 dalam masa tiga jam dan 44 minit.

Keputusan ini pasti mengecewak­an Medvedev yang tewas di final Terbuka Australia buat kali kedua selepas tewas kepada Rafael Nadal pada 2022.

Sebelum aksi di final, jaguh dari Rusia itu memiliki rekod pertemuan 6-3 menentang Sinner tetapi tewas tiga pertemuan terakhir.

Kemenangan Sinner itu secara tidak langsung meletakkan dirinya sebagai antara pemain baharu dalam kelompok pemain elit yang akhirnya berjaya memberi saingan kuat dalam buruan kejuaraan yang sebelum ini dikuasai Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer.

Dalam satu temu bual selepas perlawanan, Sinner mengakui sikap tenang banyak membantuny­a terutama sekali ketika ketinggala­n.

Dia juga mengakui sukar mencari jawapan apabila Medvedev menang selesa pada dua set pertama.

“Permainan berlangsun­g dengan sangat cepat dan saya tidak mempunyai sebarang peluang dalam dua set pertama tetapi saya mencari satu peluang kecil dan berjaya menemui rentak pada set kedua,” kata Sinner.

Medvedev, bekas juara Terbuka Amerika (AS), yang sudah tewas lima dari enam final dalam kejoanan Grand Slam, berkata Sinner selayaknya menang.

“Kamu bersaing sehingga ke akhirnya dan berjaya meningkatk­an tahap permainan,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

“Kamu dan pasukan kamu melakukan tugas yang hebat. Saya berharap saya boleh memenangi perlawanan seterusnya jika kita bertemu lagi di final.”

Medvedev, dalam enam perlawanan terakhirny­a, menghabisk­an hampir enam

jam lebih lama dalam gelanggang berbanding Sinner, yang hanya tewas satu set ketika melangkah ke final.

Tetapi bintang Rusia itu kelihatan lebih cergas dan menguasai dua set pertama.

Sinner, yang bermain di final yang pertama dalam kejohanan Grand Slam, bagaimanap­un mula menemui rentak dan dengan sokongan padu penonton dalam stadium, dia mulai mengimbang­i permainan dan berjaya mengikat kedudukan.

Beberapa pertarunga­n lima set sebelum ini benar-benar mulai memberi kesan kepada Medvedev, yang gagal memberikan saingan yang kuat pada set penentuan dan terpaksa akur dengan kehebatan lawannya.

Permainan berlangsun­g dengan sangat cepat dan saya tidak mempunyai sebarang peluang dalam dua set pertama tetapi saya mencari satu peluang kecil dan berjaya menemui rentak pada set kedua.

Jannik Sinner Pemain tenis

 ?? — Gambar AFP ?? UNTUK KENANGAN: Sinner (kiri) dan Medvedev (kanan) mengabadik­an kenangan sebelum bermula kejohanan final tenis perseorang­an lelaki Terbuka Australia di Melbourne, kelmarin.
— Gambar AFP UNTUK KENANGAN: Sinner (kiri) dan Medvedev (kanan) mengabadik­an kenangan sebelum bermula kejohanan final tenis perseorang­an lelaki Terbuka Australia di Melbourne, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia