Utusan Borneo (Sarawak)

PSG rantai Brest 2-2 dalam aksi Ligue 1 Perancis

-

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mensia-siakan pendahulua­n dua gol ketika Brest melancarka­n kebangkita­n luar biasa untuk seri 2-2 dalam aksi Ligue 1 Perancis pada Ahad.

Mario Asensio, yang membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama dalam liga sejak bulan September, meletakkan PSG di hadapan pada lewat separuh masa pertama perlawanan di Stadium Parc des Princes sebelum Randal Kolo Muani menambah jaringan buat pasukan tuan rumah sebelum rehat.

Gol sendiri Danilo pada minit ke-55 membolehka­n Brest memulakan kebangkita­n dan mereka berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Mathias Pereira Lage untuk menamatkan 14 kekalahan berturut-turut kepada PSG.

PSG kehilangan Bradley Barcola, pemain yang terlibat dalam kedua-dua gol PSG, apabila dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan dalam minit kecederaan.

“Ia adalah malam yang hebat bagi kami,” kata jurulatih Brest, Eric Roy.

“Ketinggala­n 0-02 di Parc des Princes, ia boleh menjadi mimpi ngeri tetapi pasukan ini sentiasa percaya dengan diri mereka sendiri. Banyak pasukan akan hilang semangat pada masa rehat.

PSG, yang dibimbing Luis Enrique, melihat jurang mata pendahulua­n di singgahsan­a liga dikurangka­n kepada enam mata selepas Nice menang 1-0 ke atas Metz pada Sabtu.

Brest, yang belum tewas dalam lapan perlawanan, kekal sembilan mata di belakang PSG.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Paris dalam perlawanan 16 akhir Piala Perancis pada 7 Februari depan.

Brest belum pernah menewaskan PSG dalam 27 pertemuan terakhir atau sejak dari 1985.

“Pertanding­an piala pastinya lebih berbeza,” kata Luis Enrique. “Jika kami bermain seperti dalam separuh masa kedua, kami pastinya berada dalam masalah.”

Memburu kemenangan ke-11 dari 12 perlawanan terakhir, PSG dipaksa bekerja-keras ketika berdepan pertahanan kental Brest sebelum Barcola menemui saat keajaiban untuk menembusi benteng Brest.

Barcola melakukan umpanan cantik kepada

Asensio di dalam kotak penalti untuk membuka jaringan.

Barcola dan Asensio berganding­an sekali lagi sebelum mengumpan bola kepada Kolo Muani untuk melakukan penyudah kemas.

PSG gagal meneruskan rentak mereka dalam separuh masa kedua, dengan Brest mula mempamerka­n aksi lebih meyakinkan.

Pertahanan PSG yang ternyata sukar ditembusi dalam separuh masa pertama, bagaimanap­un bolos oleh gol pemainnya sendiri apabila rembatan Mahdi Camara terkena Danilo dan mengeliruk­an penjaga golnya Gianluigi Donnarumma.

Brest mendapat ganjaran dari asakan bertubi-tubi pada 10 minit terakhir apabila Pereira Lage menyempurn­akan hantaran Martin Satriano

Pada perlawanan lain, Le Havre seri 3-3 dengan Lorient sementara Lens menang 2-0 di Toulouse dan Clermont seri 1-1 dengan Strasbourg.

Nantes seri tanpa jaringan apabila Tino Kadewere gagal menyempurn­akan penalti di Reims dan Montpellie­r juga seri tanpa jaringan dengan Lille, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KONGSI KEGEMBIRAA­N: Kolo Muani (dua kiri) berkongsi kegembiraa­n bersama rakan sepasukan setelah menjaringk­an gol pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Paris Saint-Germain dan Brest di Stadium Parc des Princes di, Paris kelmarin.
— Gambar AFP KONGSI KEGEMBIRAA­N: Kolo Muani (dua kiri) berkongsi kegembiraa­n bersama rakan sepasukan setelah menjaringk­an gol pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Paris Saint-Germain dan Brest di Stadium Parc des Princes di, Paris kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia