Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A Itali: Martinez bantu Inter raih kemenangan 1-0 di Fiorentina

-

Lautaro Martinez meletakkan Inter Milan kembali ke tangga teratas Serie A Itali dengan gol tunggal perlawanan ketika pasukannya menang 1-0 di Fiorentina sementara Napoli seri tanpa jaringan di Lazio.

Martinez menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-14 perlawanan yang penuh aksi di Florence di mana Nicolas Gonzalez gagal menyempurn­akan penalti lewat buat Fiorentina, yang menyebabka­n Inter terpaksa bermain secara bertahan untuk hampir sepanjang perlawanan.

Bagaimanap­un, ia adalah satu perlawanan yang berakhir dengan Inter kini berkelebih­an satu mata di hadapan Juventus, yang diikat ole Empoli pada Sabtu dan berkelebih­an satu perlawanan menjelang pertemuan dua pasukan teratas di San Siro hujung minggu ini.

“Saya tidak dapat berkata apa-apa tentang pemain saya kerana kami sudah menang 17 dari 21 perlawanan, menjaringk­an 50 gol dan bolos hanya 10. Saya hanya boleh memberikan tepukan kepada mereka,” kata jurulatih Inter, Simone Inzaghi.

“Minggu hadapan, kita akan menyaksika­n pertemuan di antara dua pasukan teratas liga dengan kualiti bola sepak yang sangat tinggi. Juventus adalah pasukan yang kami perlu hadapi dengan aksi terbaik kami.”

Martinez sudah menjaringk­an 22 gol dalam semua pertanding­an musim ini, dengan kapten Inter itu menjaringk­an 19 gol dalam 21 perlawanan, meletakkan­nya jauh di hadapan dalam senarai penjaring terbanyak liga.

Penyokong Inter pastinya menarik nafas lega pada akhir perlawanan kerana kemenangan mereka adalah kerana ketumpulan jentera serangan

Fiorentina, dengan keputusan buruk di akhir serangan mengecewak­an buat skuad kendalian Vicenzo Italiano.

Fiorentina terlepas peluang untuk naik ke tangga keempat liga dan slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara dan kekal di tangga kelima, di belakang Atalanta.

Fiorentina memikirkan mereka menjaringk­an gol penyamaan apabila penjaga gol Inter, Yann Sommer mengasari M’Bala Nzola dalam kotak penalti.

Gonzalez, yang kembali beraksi dari bangku simpanan selepas enam minggu berehat kerana kecederaan, gagal melakukan tendangan penalti kemas, kegagalan penalti ketiga Fiorentina musim ini.

“Saya kecewa di mana dalam perlawanan seperti ini, kami tidak kelihatan mampu mencari rentak permainan,

atau sekurang-kurangnya mengelak kekalahan,” kata Italiano.

“Dan kami juga seperti terus terkena badi penalti, sesuatu yang mula menjengkel­kan saya. Ia tidak cukup bagus.”

Napoli kekal di tangga kesembilan, kurang 22 mata di belakang Inter selepas tidak mempunyai sebarang cubaan tepat ke pintu gol pada perlawanan di Stadio Olimpico di Rom.

Napoli, yang kehilangan penyerang utama, Victor Osimhen yang beraksi bersama skuad kebangsaan Nigeria untuk kejohanan Piala Negara Afrika sementara dua pemain utama yang lain, Khvicha Kvaratskhe­lia dan Giovanni Simeone juga digantung perlawanan, menyebabka­n mereka kekurangan kekuatan di jentera serangan.

Lazio, yang bermain dengan zon utara tempat duduk stadiumnya ditutup kepada penonton selepas cemuhan perkauman ke arah penyerang AS Roma, Romelu Lukaku pada awal bulan ini.

Skuad kendalian Maurizio Sarri itu kekal di tangga keenam selepas gagal mencipta sebarang peluang ketika ketiadaan dua penyerang utamanya kerana penggantun­gan - Ciro Immobile dan Mattia Zaccagni.

Mereka ada menjaringk­an gol selepas rehat tetapi tendangan akrobatik Valentin Castellano­s tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Pada perlawanan lain, Verona melangkah keluar dari zon penyingkir­an selepas seri 1-1 dengan Frosinone dengan satu mata sudah memadai untuk anak buah Marco Baroni naik ke tangga ke-16 liga.

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Penyerang Inter Milan Marcus Thuram (kanan) dan Martinez (dua kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain Fiorentina pada perlawanan Serie A Itali di antara Fiorentina dan Inter Milan di Stadium Artemio Franchi, di Florence, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Penyerang Inter Milan Marcus Thuram (kanan) dan Martinez (dua kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain Fiorentina pada perlawanan Serie A Itali di antara Fiorentina dan Inter Milan di Stadium Artemio Franchi, di Florence, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia