Utusan Borneo (Sarawak)

Girona tewaskan Celta 1-0, kembali ke tangga teratas La Liga Sepanyol

- — AFP

Girona, pasukan yang paling mengejutka­n musim ini, kembali ke tangga teratas La Liga Sepanyol dengan kemenangan 1-0 di Celta Vigo pada Ahad.

Atletico Madrid naik ke tangga ketiga, di hadapan Barcelona dengan perbezaan gol selepas menewaskan Valencia 2-0 di tempat sendiri.

Girona, yang dibimbing Michgel Sanchez, kini satu mata di hadapan Real Madrid, yang kurang satu perlawanan.

Portu membuka jaringan buat Girona pada minit ke20 dalam perlawanan yang mereka kuasai namun gagal mencari gol kedua.

Celta, yang dibimbing Rafael Benitez, kini hanya dua mata di atas zon penyingkir­an di tangga ke-17 liga.

Girona, yang beraksi dalam La Liga untuk musim keempat dalam sejarah mereka,terus mengekalka­n saingan dengan kelab-kelab gergasi bola sepak Sepanyol untuk kejuaraan La Liga.

“Kami tahu kami harus mengambil peluang yang ada,dalam separuh masa pertama, kami mencipta banyak peluang untuk menjaringk­an gol, mereka juga mempunyai peluang?” kata pemain sayap Girona, Portu.

“Pada peringkat ini dalam liga, apa yang penting ialah tiga mata dan terus bersaing (kejuaraan liga).”

Pemain dan kakitangan Girona sebelum ini keberatan untuk mengakui bahawa mereka bersaing untuk kejuaraan liga.

“Apa yang penting bagi kami ialah kami tidak seharusnya memikirkan terlalu jauh ke hadapan, ia pastinya satu kesilapan,” tambah Portu.

Yangel Herrera memberikan amaran awal dengan cubaannya sedikit tinggi buat Girona sebelum penjaga gol Celta, Vicente Guaita menepis satu tandukan Artem Dovbyk.

Dovbyk, penjaring terbanyak liga bersama-sama dengan pemain Real Madrid, Jude Bellingham dengan 14 gol, mempunyai beberapa peluang untuk menambah koleksi golnya.

Penjaga gol Girona, Paulo Gazzaniga, beraksi tangkas menepis cubaan Oscar Mingueza sebelum pasukannya membuka jaringan.

Miguel Gutierrez menemui Portu, yang melakukan penyudah kemas untuk gol pembukaan.

Celta cuba bangkit dengan cubaan Jorge Strand Larsen terkena palang.

Girona memperkuat­kan benteng pertahanan­nya dalam separuh masa kedua dan Celta gagal mencipta peluang sehingga tamat permainan.

Pada perlawanan lain,Atletico naik ke tangga ketiga selepas Samuel Lino dan Memphis Depay menjaringk­an gol.

Lino, yang bermain di Valencia untuk kontrak pinjaman musim lepas, menyempurn­akan satu hantaran cantik Antoine Griezmann sebelum Depay melengkapk­an jaringan pada minit ke-57 dengan menanduk satu hantaran lintang Nahuel Molina.

“Kami mengawal permainan dengan sangat baik,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Atheltic Bilbao, di tangga kelima liga selepas diikat tanpa jaringan di Cadiz sementara Sevilla gagal meraih kemenangan buat kali kelapan berturut-turut di tempat sendiri selepas seri 1-1 dengan Osasuna.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI MEMUKAU: Sebahagian daripada aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Celta de Vigo dan Girona di stadium Balaidos di Vigo, kelmarin.
— Gambar AFP AKSI MEMUKAU: Sebahagian daripada aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Celta de Vigo dan Girona di stadium Balaidos di Vigo, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia