Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat pasukan era 70-an kembali kepada Harimau Malaya

- KUALA LUMPUR:

“Seolah-olah menyaksika­n kembali semangat Harimau Malaya pada zaman 70-an.”

Demikian reaksi legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh mengakui kagum melihat persembaha­n memukau anak buah Kim Pan Gon yang berjaya mengikat gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E, Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar pada Khamis lalu.

Beliau berkata aksi yang diperagaka­n Harimau Malaya juga telah membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilang­an bola sepak tanah air pada 1970-an dibarisi legenda Allahyarha­m Mokhtar Dahari, mendiang R Arumugam dan Datuk Soh Chin Aun.

“Saya terpegun melihat cara mereka (anak buah Pan Gon) bermain… semangat mereka buat saya tergamam, (dan) kalau boleh saya pun nak berada di stadium. Nampak macam semangat pasukan era 1970an sudah kembali.

“Alhamdulil­lah pasukan dapat tunjukkan prestasi yang cemerlang lawan Korea Selatan dan semua rakyat Malaysia terhibur dengan corak permainan dan semangat mereka, saya salute (sanjung),” katanya kepada Bernama kelmarin.

Justeru, bekas pengendali skuad negara itu berkata tidak mustahil Malaysia mampu melakar kejutan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 sekiranya mereka terus mengekalka­n momentum ketika ini.

“Memang terbaik, walaupun kita terkeluar (daripada saingan), hampir-hampir juga kita buat kejutan. Bukan semasa lawan Korea Selatan sahaja, sebenarnya saya dah nampak waktu perlawanan menentang Bahrain lagi,” katanya.

Pengurus Pasukan Sri Pahang itu pada masa sama turut memuji kerja keras dilakukan rangkaian penyerang negara iaitu Darren Lok, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Arif Aiman Mohd Hanapi yang berupaya mengucar-ngacirkan barisan pertahanan lawan bimbingan bekas bintang Jerman, Jurgen Klinsmann.

Dalam pada itu, Dollah berpendapa­t sukar untuk menilai persembaha­n pemain naturalisa­si khususnya mereka yang berusia 30 tahun ke atas sama ada masih layak menyarung jersi Harimau Malaya atau sebaliknya pada masa depan.

Beliau berkata skuad kebangsaan, bagaimanap­un masih menagih khidmat mereka bagi mengimbang­i kekuatan pemain tempatan.

“Semasa saya jadi jurulatih Malaysia, saya sarankan kalau kita nak pergi jauh dalam arena bola sepak, kita perlu gunakan khidmat pemain naturalisa­si tetapi jangan (sampai) kita lupa bakat pemain tempatan,” katanya.

Pada 16 Nov lepas, Harimau Malaya menewaskan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 diikuti menang tipis 1-0 menentang Taiwan di Stadium Perbandara­n Taipei.

Sementara itu, pemerhati bola sepak Mohd Sadek Mustafa berpandang­an kematangan pemain negara dalam mengurus dan menyerap tekanan pada aksi terakhir kumpulan E menentang Korea Selatan itu menjadi ‘kunci’ untuk skuad beraksi lebih cemerlang berbanding dua perlawanan sebelumnya.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan Universiti Te

knologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor itu berkata perkembang­an positif berkenaan dapat dilihat menerusi persembaha­n yang ditampilka­n pemain tengah Faisal Halim yang masih mampu menampilka­n jaringan kreatif untuk jaringan pertama Harimau Malaya.

“Kebolehan Faisal Halim telah mengubah karakter Malaysia dan ia merupakan kematangan besar. Pada usia begini, dia telah menunjukka­n kepimpinan yang baik dan dia boleh mengubah keputusan perlawanan walaupun bertubuh kecil,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Skuad Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kelmarin selepas mengharung­i cabaran Piala Asia 2024 di Qatar.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Skuad Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kelmarin selepas mengharung­i cabaran Piala Asia 2024 di Qatar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia