Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai farmasi di Kapit rugi RM260,000 jadi mangsa ‘phone scam’

-

KUCHING: Seorang pegawai farmasi di Kapit mengalami kerugian kirakira RM260,000 selepas menjadi mangsa kes penipuan ‘phone scam,’ baru-baru ini.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, wanita berusia awal 30-an terbabit pada 6 November tahun lalu telah menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa dirinya daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Menurutnya, mangsa dimaklumka­n kononnya nombor telefonnya terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk membuat laporan polis.

“Disebabkan mangsa tidak dapat ke sana, panggilann­ya telah disambungk­an kepada seseorang yang memperkena­lkan dirinya sebagai ‘Sarjan Ismail’ dari IPK Perak dan mangsa diberitahu nombor kad pengenalan­nya dan ATM ada dalam milikan suspek yang ditangkap oleh mereka.

“Seterusnya, panggilan mangsa disambung kepada seorang lagi suspek yang memperkena­lkan dirinya sebagai ‘Inspektor Mokhtar’ juga dari IPK Perak yang kemudian menyuruh mangsa memindahka­n kesemua wangnya ke akaun bank lain yang diberikan olehnya bagi mengelak wang mangsa diambil oleh sindiket penipuan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Susulan itu, mangsa dari November hingga Disember telah melakukan 12 transaksi pindahan wang ke tujuh akaun berlainan.

“Setelah mangsa membuat kesemua bayaran tersebut, barulah mangsa menyedari dirinya ditipu dan jumlah keseluruha­n kerugian dianggarka­n RM260,000,” katanya.

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa kelmarin dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 ?? ?? MANCHA
MANCHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia