Utusan Borneo (Sarawak)

Penambahan saham bakal dimuktamad

Potensi tambah pegangan saham dalam Affin Bank masih dirunding: Abang Johari

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kerajaan Sarawak akan memuktamad­kan penambahan pegangan sahamnya dalam Affin Bank Bhd (Affin Bank) dalam masa terdekat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya kini masih lagi berunding bersama Affin Bank dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi potensi urus niaga saham tambahan.

Buat permulaan katanya, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak sudah memiliki 4.796 peratus saham dalam Affin Bank setakat 29 Disember 2023.

“Sarawak memerlukan institusi perbankan untuk mengukuhka­n aktiviti perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kita memilih Affin Bank kerana prestasi baik yang direkodkan.

“Oleh itu, kita akan umumkan (penambahan saham dalam Affin Bank) dalam masa terdekat ini.

“Mengenai berapa peratus kepentinga­n yang akan dipegang oleh kerajaan negeri Sarawak, ia akan diumumkan kelak. Saya tidak boleh beritahu sekarang,” ujarnya pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama sempena Tinjauan Pasaran Malaysia 2024 anjuran Kumpulan Affin di Menara Affin di Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan pemegang saham utama Affin Bank, LTAT sudah berbincang dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak untuk urus niaga membabitka­n saham tambahan dalam bank berkenaan.

Ketika ini, LTAT memiliki 28.785 peratus pegangan dalam Affin Bank, manakala Boustead Holding Bhd memiliki 20 peratus saham.

Difahamkan, Sarawak ingin menambah kepentinga­n dalam Affin Bank sehingga lebih 20 peratus sekali gus menjadikan­nya pemegang saham utama.

Ditanya sebab kerajaan Sarawak berminat dengan pelaburan dalam institusi perbankan, Abang Johari berkata, pemilikan kepentinga­n dalam bank penting untuk membantu PKS serta aktiviti perniagaan di Sarawak.

Pemilikan bank oleh kerajaan Sarawak katanya, bukan baharu kerana sebelum ini mereka pernah memiliki enam bank sebelum polisi aktiviti penggabung­an dilaksanak­an dengan bank-bank utama.

Malah tambahnya, mempunyai kepentinga­n dalam bank juga berdasarka­n kepada beberapa kepentinga­n utama.

“Kita akan mempunyai simpanan jika ada berlakunya krisis dan ia juga memberikan pulangan pelaburan,” jelas beliau.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah berkata, perbincang­an berterusan diadakan antara pemegang saham utama negeri Sarawak dan LTAT.

“Mereka sedang merundingk­an urus niaga itu. Setelah ini dimuktamad­kan, kami akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya memberitah­u, Sarawak berhasrat untuk menjadi ‘Bavaria’ di Malaysia, sebuah wilayah dengan ekonomi yang maju dan berjaya serta dapat memacu Malaysia maju ke hadapan.

Bagi mencapai impian itu katanya, tumpuan Sarawak terhadap tenaga hijau dan boleh diperbahar­ui akan menjadi tunjang utama ekonomi negeri menjelang 2030 dan seterusnya.

“Tenaga hijau yang bermaksud sumber tenaga boleh diperbahar­ui dan mampan akan menjadi penggerak kepada banyak aktiviti ekonomi buat masa ini dan akan datang,” katanya sambil memberitah­u, kerajaan Sarawak optimistik untuk mencapai ekonomi berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

 ?? — Gambar Bernama ?? TETAMU UTAMA: Abang Johari tiba di Menara Kumpulan Affin Bank di Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur sempena sidang media Tinjauan Pasaran Malaysia 2024 Kumpulan Affin Bank, semalam.
— Gambar Bernama TETAMU UTAMA: Abang Johari tiba di Menara Kumpulan Affin Bank di Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur sempena sidang media Tinjauan Pasaran Malaysia 2024 Kumpulan Affin Bank, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia