Utusan Borneo (Sarawak)

Jurujual tertipu pelaburan dalam talian tidak wujud kerugian lebih RM94,000

-

Seorang jurujual minyak kereta di sini kerugian lebih RM94,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berusia 40-an itu pada mulanya tertarik lalu mengikuti pelaburan Accerx menerusi laman sosial Facebook pada Ogos lalu.

“Mangsa telah menekan pautan di laman Facebook dan terus dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp pelaburan Accerx dikendalik­an oleh suspek yang dikenali dengan nama ‘David.’

“Suspek telah mebuat penerangan­berhubungp­elaburan dan mangsa bersetuju untuk membuat pelaburan saham kripto,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Zulkipli berkata, mangsa telah membuat pembayaran pelaburan sepertiman­a yang diarahkan oleh suspek secara berperingk­at untuk mendapatka­n keuntungan yang dijanjikan.

“Bermula tempoh November 2023 hingga Januari 2024, mangsa telah membuat pembayaran pelaburan berjumlah RM94,247 sebanyak lima kali transaksi ke lima akaun bank syarikat tempatan yang berlainan sepertiman­a diarahkan oleh suspek.

“Setelah kesemua transaksi dibuat, pengadu membuat semakan menerusi aplikasi Accerx mendapati jumlah keuntungan terkumpul miliknya adalah sebanyak AS$721,922.93 (RM3,407,476.22).

“Namun sehingga laporan dibuat, pengadu tidak dapat tunaikan keuntungan terkumpul daripada pelaburan saham kripto tersebut dan menyedari dirinya telah ditipu,” katanya sambil menambah, mangsa membuat laporan polis kelmarin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia