Utusan Borneo (Sarawak)

Dua individu disyaki menagih, edar dadah dicekup di Bintulu

Lelaki dan wanita warga asing terbabit turut didapati positif dadah

- Oleh Ambrose Rirang Superinten­den Batholomew Umpit Ketua Polis Daerah Bintulu

Kedua-dua suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana kesalahan tiada memiliki dokumen perjalanan yang sah.

BINTULU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu bertindak menangkap dua warga asing kerana disyaki menjalanka­n kegiatan menagih serta mengedar dadah di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Batholomew Umpit berkata, dua suspek yang merupakan seorang lelaki dan wanita berumur 30 dan 38 tahun itu ditahan di sebuah hotel bajet di Pasar Lama Bintulu.

“Hasil ujian saringan air kencing dijalankan mengesahka­n kedua-dua suspek positif mengambil dadah jenis Methamphet­amine,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal dijalankan terhadap suspek mendapati bahan terlarang itu dipercayai diedarkan sekitar kawasan Pasar Lama Bintulu dan boleh digunakan untuk 25 hingga 30 orang penagih.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kedua-dua suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana kesalahan tiada memiliki dokumen perjalanan yang sah,” jelasnya.

Jika sabit kesalahan, keduadua suspek dikenakan hukuman di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 kerana mengedar dadah dan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan sebatan termasuk sebatan tidak kurang tiga kali.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)ADB 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun beserta tempoh pengawasan selama dua tahun.

 ?? ?? BATHOLOMEW
BATHOLOMEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia