Utusan Borneo (Sarawak)

TYT dijangka akan anjur pertemuan santai dengan pengamal media

-

Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka akan menganjurk­an pertemuan santai dengan para pengamal media tempatan di sini.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol hasil pertemuan beliau semalam yang belum ditentukan tarikhnya.

“Saya yang mewakili warga wartawan ingin mengucapka­n ucapan tahniah atas pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri kelapan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Semalam, saya secara peribadi telah berjumpa dengan beliau dan memberitah­u, warga wartawan akan memberi kerjasama yang terbaik.

“TYT juga memberitah­u bahawa beliau akan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan warga wartawan secara santai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak UKAS akan

mengadakan satu segmen khas bagi menemu bual TYT Sarawak untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi.

Beliau sebelum itu telah merasmikan Kempen Derma Darah anjuran bersama Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya.

UNIFOR diwakili Pengarahny­a Datu Jack Aman Luat sementara Tabung

Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) diwakili Pegawai Perubatan Tabung Darah HUS Dr Lu Siew Ling.

Abdullah juga berkata pelantikan Wan Junaidi adalah mengikut perlembaga­an negara Malaysia dan tidak perlu dipersoalk­an atau menjadi isu kepada manamana pihak.

“Sudah tentu Sarawak mengalu-alukan beliau untuk menjalanka­n tugas. Lebih-lebih lagi Sarawak kini semakin agresif dalam aktiviti pembanguna­nnya,” jelas beliau.

Wan Junaidi yang sebelum ini merupakan Yang Dipertua Dewan Negara, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 26 Januari 2024.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembaga­an Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

Pelantikan Wan Junaidi adalah bagi menggantik­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? REAKSI: Abdullah ketika bercakap kepada pemberita di Kuching semalam.
— Gambar Roystein Emmor REAKSI: Abdullah ketika bercakap kepada pemberita di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia