Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan penjagaan kesihatan perlu dalam pembanguna­n semula Bukit Assek: Chieng

-

Projek pembanguna­n semula Bukit Assek harus merangkumi kawasan khusus untuk penjagaan kesihatan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng.

Menurut beliau, Klinik Kesihatan Jalan Oya mempunyai ruang sangat terhad kerana pada asalnya direka untuk kapasiti 200 pesakit setiap hari namun kini menampung antara 1,000 hingga 1,200 pesakit setiap hari.

“Justeru, terdapat keperluan mendesak membesarka­n klinik tersebut tetapi sudah tentu hal kesihatan adalah di bawah bidang kuasa persekutua­n.

“Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan adalah projek pembanguna­n semula Bukit Assek harus mempunyai kawasan dikhususka­n untuk penjagaan kesihatan agar kerajaan persekutua­n dapat memperoleh tanah dan melakukan tindakan lanjut,” katanya pada majlis makan

malam bersama media di sini malam kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keperluan segera membesarka­n Klinik Kesihatan Jalan Oya di sini berikutan ruang terhad membawa kepada masalah kesesakan.

Chieng berkata, beliau mengutarak­an perkara itu kepada Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni semasa lawatannya

ke klinik itu pada 16 Januari lalu.

Lukanisman memberi jaminan beliau akan menyampaik­an perkara itu kepada Menteri Kesihatan.

“Saya juga berbincang dengan Premier Sarawak dan Lembaga Pembanguna­n Lindungan Tanah (LCDA) yang merupakan agensi pelaksana projek itu,” jelasnya.

Terdahulu, Chieng berkata

draf pelan induk projek pembanguna­n semula Bukit Assek dijangka siap menjelang Mei tahun ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an kepada Premier Sarawak supaya kerajaan negeri berfikiran terbuka, telus dan memastikan orang ramai mendapat maklumat mengenai projek itu kerana pelaksanaa­nnya melibatkan orang ramai dan harta benda.

“Saya juga mencadangk­an agar kerajaan negeri membuat pameran contohnya mengenai pelan induk projek itu.

“Pegawai LCDA boleh mengambil peluang menjelaska­n kepada rakyat supaya mereka mendapat maklumat terus daripada kerajaan mengenai jadual, pengambila­n tanah dan kandungan pelan induk.

“Pada masa sama, rakyat digalakkan memberi maklum balas kepada LCDA. Premier dan beliau bersetuju menunggu kelulusan pelan induk sebelum boleh menganjurk­an pameran itu dan kami bergerak di landasan betul,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 50 pengamal media tempatan menghadiri majlis anjuran Pusat Khidmat DUN Bukit Assek itu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pembaharua­n Bandar Sibu Dato Chieng Buong Toon.

 ?? ?? JAMUAN: Buong (duduk lima kiri) dan Chieng (duduk enam kiri) pada majlis makan malam bersama media di Sibu, malam kelmarin.
JAMUAN: Buong (duduk lima kiri) dan Chieng (duduk enam kiri) pada majlis makan malam bersama media di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia