Utusan Borneo (Sarawak)

KMKK perlu proaktif dengar dan selesaikan masalah rakyat: Chieng

-

SIBU: Peranan ketua kaum dan ketua masyarakat bukan sekadar dalam mempertaha­nkan warisan budaya tetapi turut terlibat secara proaktif dalam mendengar dan menyelesai­kan masalah rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata, ini termasuk mengadakan perjumpaan berkala dengan penduduk setempat, mendengar aspirasi dan mengambil langkah konkrit untuk menyelesai­kan isu yang diutarakan.

Selain itu, promosi adat budaya juga menjadi tanggungja­wab utama para ketua kaum termasuk mengadakan program yang meningkatk­an kesedaran masyarakat terhadap keindahan dan kekayaan adat budaya yang dimiliki.

“Ketua kaum yang aktif dalam mendengar masalah rakyat dan mempromosi­kan adat resam bukan hanya menjadi wakil yang efektif tetapi juga menjadi penyumbang kepada pembinaan masyarakat yang berdaya maju dan penuh keharmonia­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksika­n Majlis Penyerahan Sijil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Pejabat Daerah Sibu di sini semalam.

Seramai lapan ketua kaum di kawasan DUN Bukit Assek dilantik semula manakala seorang lagi lantikan baharu.

Menurut Chieng, keharmonia­n di setiap komuniti bergantung kepada kerjasama erat antara ketua masyarakat, pejabat daerah dan residen.

Justeru, ketua-ketua kaum dan masyarakat didorong untuk menjalin hubungan yang kukuh dengan institusi tempatan.

“Bekerjasam­a dengan pejabat daerah dan residen membolehka­n ketua masyarakat lebih berkesan dalam menangani isu-isu tempatan, menyampaik­an keperluan komuniti dan merancang inisiatif pembanguna­n.

Pertukaran maklumat yang teratur dan dialog terbuka antara pihak-pihak berkenaan akan mewujudkan persefaham­an yang lebih baik,” jelasnya.

Langkah ini juga dianggap sebagai pendekatan proaktif untuk memastikan keperluan rakyat dipahami dan dilaksanak­an dengan cekap.

Selain itu, kerjasama erat ini dapat memastikan program-program pembanguna­n berkaitan dengan kebudayaan, keselamata­n dan kesejahter­aan komuniti berjalan dengan lancar.

Katanya, dengan kerjasama yang baik, ketua masyarakat, pejabat daerah dan residen boleh membina komuniti yang lebih padu dan bersatu padu dalam mencapai matlamat pembanguna­n setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia