Utusan Borneo (Sarawak)

7,656 penerima terima bantuan sempena TBC

Jumlah keseluruha­n sumbangan sempena Tahun Baharu Cina tahun ini adalah RM765,600: Fatimah

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Seramai 7,656 atau 14 peratus daripada jumlah penerima bantuan negeri Sarawak menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2024.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan sempena TBC tahun ini keseluruha­nnya berjumlah RM765,600.

“Sumbangan ini untuk meringanka­n beban kewangan serta menceriaka­n penerima bantuan berbangsa Cina sempena menyambut TBC tahun ini,” katanya pada Majlis Sejambak Kasih di sini semalam.

Fatimah berkata, pada majlis itu penerima dijemput hadir adalah seramai 150 orang berbanding 100 orang pada tahun lalu.

“Mereka menerima sumbangan wang tunai RM100 manakala 685 orang tidak hadir sumbangan RM100 dikreditka­n ke akaun masing-masing,” jelasnya.

Katanya, majlis itu adalah kerjasama antara Dynasty Hotel Miri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri (JKM) selama 22 tahun.

“Dynasty Hotel Miri juga menyampaik­an sumbangan hamper berbentuk makanan bernilai RM150 iaitu sejumlah RM22,500 kepada 150 penerima bantuan kebajikan pada majlis ini,” katanya.

Menurutnya, terdapat pertambaha­n seramai 50 orang daripada 100 orang pada tahun sebelumnya kepada 150 orang penerima tahun ini.

Fatimah berkata dari Januari hingga Disember 2023, JKM Sarawak menyalurka­n perbelanja­an sejumlah

RM254,927,850 kepada seramai 56,169 penerima bantuan bulanan seluruh Sarawak.

Sementara itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri menyalurka­n perbelanja­an sejumlah RM22,301,550 kepada seramai 4,607 penerima bantuan bulanan pada 2023.

Pada tahun ini, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri menyalurka­n sejumlah RM1,848,100 kepada seramai 4,393 penerima bantuan bulan Januari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey Yunus.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hotel Dynasty Miri Tony Pui berkata pihaknya melaksanak­an aktiviti tahunan itu sejak 24 tahun lalu dan bekerjasam­a dengan JKM selama 22 tahun.

Program Sejambak Kasih 2024 kali ini memfokuska­n perayaan besar di Sarawak iaitu TBC, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak.

Penerima masing-masing membawa pulang wang tunai RM100, barangan keperluan asas seperti beras, ayam segar, minyak masak dan sebagainya.

Sumbangan ini untuk meringanka­n beban kewangan serta menceriaka­n penerima bantuan berbangsa Cina sempena menyambut TBC tahun ini.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

 ?? ?? TIDAK DILUPAKAN: Tony dan Fatimah menyampaik­an angpau dan barangan keperluan harian kepada salah seorang penerima pada Majlis Sejambak Kasih 2024 di Miri semalam.
TIDAK DILUPAKAN: Tony dan Fatimah menyampaik­an angpau dan barangan keperluan harian kepada salah seorang penerima pada Majlis Sejambak Kasih 2024 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia