Utusan Borneo (Sarawak)

150 penerima bantuan bulanan kebajikan terima sumbangan sempena TBC

-

Seramai 150 penerima bantuan bulanan kebajikan dari bahagian Kuching masing-masing menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) yang diagihkan melalui Program Sejambak Kasih TBC 2024 di sini, semalam.

Majlis yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Jalan P. Ramlee itu disempurna­kan Timbalan Menteri Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam.

Razi dalam ucapannya berkata, program itu bertujuanm­eringankan­beban kewangan serta menceriaka­n penerima bantuan sempena menyambut perayaan TBC.

Ia juga katanya, bagi membantu meningkatk­an kualiti hidup dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampu­an.

“Bagi Program Sejambak

Kasih TBC 2024, seramai 2,736 orang atau 25.74 peratus daripada jumlah penerima bantuan di bahagian Kuching menerima manfaat tersebut sempena perayaan TBC.

“Justeru, pada majlis hari ini, seramai 150 orang penerima bantuan bulanan kebajikan bahagian Kuching

menerima sumbangan tersebut sebagai simbolik pemberian sumbangan.

“Mereka menerima wang tunai RM100, selain turut membawa pulang hamper bernilai RM80,” katanya.

Selain menghulurk­an bantuan tersebut, Razi turut berkesempa­tan menyampaik­an Geran Pelancaran kepada penerima bantuan, Lim Chin Hua di bawah Projek Makanan (acar timun).

Menerusiny­a, Lim menerima peralatan bernilai RM5,000 bagi memulakan perniagaan beliau.

“Tahniah kepada Encik Lim, semoga lebih ramai klien boleh mengikuti jejaknya dan akhirnya mampu berdikari serta keluar dari senarai penerima bantuan bulanan kebajikan,” kata beliau.

Razi dalam pada itu memberitah­u bahawa dari Januari hingga Disember 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menyalurka­n perbelanja­an sebanyak RM254,927,850 kepada 56,169 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak.

“Bagi bahagian Kuching sahaja, pada tahun lepas (Januari hingga Disember 2023) Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching telah menyalurka­n perbelanja­an sebanyak RM4,262,300 untuk 10,631 penerima bantuan bulanan.

“Pecahan golongan penerima itu merangkumi beberapa skim bantuan seperti Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan KanakKanak (BKK), Bantuan Am (BA), Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Anak Pelihara (BAP),” katanya.

Hadir sama semasa majlis, Pengarah JKMS Adana Jed, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Mual Suaud, Residen Bahagian Kuching Norlela Shariff dan Ketua Kaum Cina Bahagian Kuching Temenggung Dato Tan Joo Phoi.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BANTUAN: Razi (tengah) dan Tan (kanan) beramah mesra dengan Lim Chin Hua, penerima Geran Pelancaran.
— Gambar Chimon Upon BANTUAN: Razi (tengah) dan Tan (kanan) beramah mesra dengan Lim Chin Hua, penerima Geran Pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia