Utusan Borneo (Sarawak)

Chiew janji melakukan yang terbaik bantu sekolah berasrama

-

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berjanji melakukan yang terbaik bagi membantu sekolah berasrama, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 yang terletak di pinggir bandar raya ini dari segi penyelengg­araan dan pembanguna­n infrastruk­tur.

Selepas berkomunik­asi dengan pihak sekolah berhubung isu dihadapi dan keperluann­ya, Chiew dimaklumka­n sekolah tersebut meminta bantuan menyokong permohonan berkaitan peningkata­n fasiliti di sekolah itu.

“Permohonan ini merangkumi pembaikan sistem elektrik, pembinaan bangunan asrama untuk murid, pemasangan Smart TV dan penggantia­n kerusi meja yang sudah lama.

“Pembaikan sistem elektrik diperlukan bagi memastikan persekitar­an pembelajar­an selamat dan produktif.

Sementara itu, keperluan

bangunan asrama, Smart TV, meja dan kerusi baharu adalah bagi meningkatk­an keselesaan dan kemudahan pengajaran serta pembelajar­an,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya, tahun lalu beliau memberi sumbangan melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) sejumlah

RM50,000 kepada sekolah tersebut untuk kerja-kerja penyelengg­araan.

“Tahun ini, saya cuba sedaya upaya membantu sekolah tersebut dari segi penyelengg­araan dan pembanguna­n infrastruk­tur,” jelasnya.

Sabtu lalu, Chiew dijemput menghadiri dan merasmikan

Majlis Anugerah MuridMurid Cemerlang SK Kuala Baram 2.

Majlis tersebut diadakan bagi menghargai pencapaian cemerlang murid sekolah itu dalam pelbagai bidang, mendorong semangat kompetensi dan memberi pengiktira­fan kepada bakatbakat muda berpotensi.

Dalam ucapannya, beliau memberitah­u kerjasama erat ibu bapa sangat diperlukan bukan sahaja mendidik anakanak tetapi menyokong apa juga rancangan atau program dianjurkan oleh pihak sekolah demi kejayaan anak-anak.

“Kecemerlan­gan seseorang murid bukan hanya bergantung kepada pembelajar­an sekolah sematamata, malah ia sebenarnya peranan ibu bapa menentukan pencapaian dan hala tuju anak masing-masing.

“Sikap mengambil berat dan memberi sokongan adalah rencah paling utama dalam menentukan kejayaan mereka dalam pendidikan,” katanya.

Chiew turut mendorong murid-murid mendapat anugerah kecemerlan­gan supaya apa yang dicapai mereka tidak berakhir, sebaliknya meneruskan kecemerlan­gan mereka sampai bila-bila dan tidak mudah terleka dengan kejayaan itu.

“Kepada murid-murid tidak menerima anugerah kali ini, jangan kecewa kerana dalam kehidupan penuh pelbagai peluang, justeru sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa nescaya dapat mengecapi kejayaan,” jelasnya.

Beliau melahirkan keyakinan murid-muird terbabit terus bersinar dalam bidang akademik dan bidang lain turut menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Turut hadir Guru Besar SK Kuala Baram 2 Mohamad Kindang dan Pengerusi PIBG SK Kuala Baram 2 Siti Khadijah Mohd Salleh.

 ?? ?? TAHNIAH: Chiew menyampaik­an sijil dan anugerah kepada salah seorang murid cemerlang sambil disaksikan Mohamad (tiga kanan) dan Siti Khadijah (tiga kiri) serta tetamu lain.
TAHNIAH: Chiew menyampaik­an sijil dan anugerah kepada salah seorang murid cemerlang sambil disaksikan Mohamad (tiga kanan) dan Siti Khadijah (tiga kiri) serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia