Utusan Borneo (Sarawak)

MUT lancar pelan teruskan prestasi membanggak­an 2023

Pelan Tahunan 2024 Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi merangkumi 59 program, aktiviti untuk manfaat rakyat

- Oleh Patricia Gari Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi

KUCHING: Pelan Tahunan 2024 Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi (MUT) akan meneruskan kesinambun­gan prestasi membanggak­an kementeria­n itu yang dicapai pada 2023.

Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi yang melancarka­n pelan itu pada Majlis Perhimpuna­n Warga MUT 2024 di sebuah hotel di sini, semalam berkata pelan berkenaan merangkumi 59 program dan aktiviti bakal dilaksanak­an sepanjang tahun ini.

“Program-program serta aktiviti-aktiviti digariskan dalam Pelan Tahunan 2024 akan meneruskan kesinambun­gan prestasi kementeria­n agar dapat memberi perkhidmat­an utiliti dan telekomuni­kasi terbaik kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya Pelan Tahunan 2023 yang dilaksanak­an buat julung kalinya dan diperkenal­kan Setiausaha Tetap MUT Jafri Lias telah dilaksanak­an dengan cemerlang dengan pencapaian keseluruha­n sebanyak 94 peratus.

Manakala pencapaian Scorecard Kementeria­n turut mencapai KPI (Indeks Prestasi Utama) memberangs­angkan.

“Saya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada warga MUT dan agensi-agensi yang telah berusaha gigih atas pencapaian ini,” ujarnya.

Terdahulu Setiausaha Tetap MUT Jafri Lias ketika menyampaik­an ucapan aluan berkata seperti tahun

Progam-program serta aktiviti-aktiviti digariskan dalam Pelan Tahunan 2024 akan meneruskan kesinambun­gan prestasi kementeria­n agar dapat memberi perkhidmat­an utiliti dan telekomuni­kasi terbaik kepada rakyat.

Dato Sri Julaihi Narawi

2023 kementeria­nnya telah mengadakan bengkel pada Disember tahun lalu bagi menyiapkan pelan tahunan masing-masing.

Beliau berkata antara fokus

Pelan Tahunan 2024 MUT ialah pelaksanaa­n projek pembanguna­n (elektrik, air dan telekomuni­kasi) yang lebih efisien agar tiada projek sakit dan projek disiapkan

mengikut masa ditetapkan.

Pelan Tahunan 2024 MUT juga katanya, memfokus kepada perbelanja­an pembanguna­n yang rendah dijangka berlaku tahun ini disebabkan isu-isu tanah, izin lalu, pinjaman dan kurangnya tumpuan untuk menyelesai­kan isu-isu tersebut.

Justeru, kementeria­n akan memberi penekanan dalam hal ini agar perbelanja­an pembanguna­n dapat dipertingk­atkan oleh agensi, tambahnya.

“Pelaksanaa­n dasar dan inisiatif baharu susulan pindaan ordinan bekalan elektrik dan pengedaran gas juga menjadi fokus MUT di bawah Pelan Tahunan 2024.

“Selain penekanan kepada keperluan Pemulihan Sumber Air melalui pewartaan kawasan tadahan air yang akan dilaksanak­an tahun ini,” jelas Jafri.

 ?? — Gambar Roystien Emmor ?? DILANCARKA­N: Julaihi (tujuh kanan) bersama tetamu kehormat lain menunjukka­n Pelan Tahunan 2024 MUT yang dilancarka­n sempena Majlis Perhimpuna­n Warga MUT 2024 di Kuching, semalam.
— Gambar Roystien Emmor DILANCARKA­N: Julaihi (tujuh kanan) bersama tetamu kehormat lain menunjukka­n Pelan Tahunan 2024 MUT yang dilancarka­n sempena Majlis Perhimpuna­n Warga MUT 2024 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia