Utusan Borneo (Sarawak)

MBM berhasrat sedia perkhidmat­an awam lebih berkesan dan cekap

-

Majlis Bandaraya Miri (MBM) berhasrat menyediaka­n perkhidmat­an awam lebih berkesan dan cekap kepada warganya dengan menggalakk­an orang ramai khususnya pembayar cukai taksiran berdaftar dengan E-Biling.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata, usaha itu selaras dengan pelaksanaa­n ekonomi digital Sarawak dan misi menyampaik­an perkhidmat­an cemerlang serta berkualiti kepada rakyat.

Beliau berkata, bil taksiran 2024 kini tersedia dan harus maklum pembayaran cukai taksiran amat penting membantu MBM membangun dan menjadikan Miri sebagai sebuah bandar raya mapan dan memberi perkhidmat­an berkualiti dan cekap kepada rakyat keseluruha­n.

“Oleh itu, kami menasihati pembayar cukai mendaftar E-Billing dan mengemas kini butiran seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat dengan Jabatan Penarafan & Penilaian MBM.

“Ini adalah untuk memastikan semua cukai taksiran, notis dan surat sampai kepada pembayar cukai,” katanya semasa mesyuarat penuh

Ahli-Ahli Majlis di Dewan Mesyuarat Dewan Bandaraya Miri di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu menasihati pembayar cukai membuat pembayaran dalam talian melalui aplikasi S Pay Global, laman web dan aplikasi Service Sarawak dan laman web Pay Bills Malaysia.

Katanya, dengan semua kaedah pembayaran di hujung

jari orang ramai boleh mengelak kesulitan beratur di kaunter selain menjimatka­n masa mereka.

“Bagi memudahkan pembayar cukai, Jabatan Penarafan & Penilaian MBM membuka kaunter mudah alih pada 3 dan 4 Februari depan dari jam 10 pagi hingga 5 petang di Emart Riam dan 24 dan 25 Februari di Emart Tudan di sini,” jelasnya.

 ?? ?? KE ARAH DIGITAL: Yii (duduk tengah) bersama Ahli-Ahli Majlis pada mesyuarat penuh MBM di Pejabat Dewan Bandaraya Miri semalam.
KE ARAH DIGITAL: Yii (duduk tengah) bersama Ahli-Ahli Majlis pada mesyuarat penuh MBM di Pejabat Dewan Bandaraya Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia