Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak tandatanga­ni MoA dengan NIES, Jepun

-

Kerajaan Sarawak yang diwakili Jabatan Hutan Sarawak telah menandatan­gani memorandum perjanjian (MoA) dengan NIES, Jepun semalam.

Menurut kenyataan pihak Jabatan Hutan Sarawak, ia diadakan pada simposium yang bertajuk ‘Penyelidik­an Kerjasama Dua Hala Ke Arah Pengurusan Hutan Lestari (SFM) di Sarawak’ yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Ia berikutan susulan perjanjian persefaham­an yang telah dimeterai dan pertukaran dokumen di Tsukuba, Jepun pada 1 Disember 2023 lalu di antara Kerajaan Sarawak yang diwakili Jabatan Hutan Sarawak dan NIES, Jepun.

Perjanjian itu dilaksanak­an sebagai rakan seperjuang­an untuk mengawal selia aktiviti penyelidik­an dan tanggungja­wab pihak perkhidmat­an perundinga­n Pemodelan Isipadu Hutan Menggunaka­n Metrik Terbitan UAV dan Plot Sampel Kekal.

“Kerjasama ini diharap dapat memberi manfaat kepada Sarawak khususnya bagi sektor perhutanan dan alam sekitar,” kata Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad.

Pada masa yang sama, sembilan kertas kerja telah dibentangk­an oleh penyelidik NIES, Jepun serta daripada Jabatan Hutan Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Semua kertas kerja yang dibentangk­an adalah penting dalam memperoleh data saintifik dan maklumat berasaskan saintifik untuk menyokong Kerajaan Sarawak dalam membuat keputusan dan dasar, terutamany­a sebagai manifestas­i sokongan kepada Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk alam sekitar yang mampan.

Hadir sama adalah Timbalan Pengarah (Pengurusan Hutan) Jabatan Hutan Sarawak Semilan Ripot, Timbalan Pengarah Hutan (Pemulihara­an dan Pembanguna­n Hutan) Happysupin­a Sait, Dr Yayoi Takeuchi daripada NIES, Jepun dan Pegawai Penyelidik Kanan daripada FDS Paulus Meleng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia