Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Brunei sedia bantu golongan memerlukan

Ngui sanggup memandu lebih sejam ke Hospital Limbang demi menyumbang tiga alat pendingin hawa, tiga kerusi roda

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG:“Sayatidakp­ilih bangsa, tidak pilih negeri, yang susah saya bantu, mungkin tidak sebanyak mana yang penting saya dapat membantu orang lain,” kata usahawan dari Brunei, Ngui Poh Fook.

Ngui,82,ditemaniis­terinya, Ng Choon Ken, 54, sanggup memandu lebih sejam mengharung­i kesesakan lalu lintas ke Hospital Limbang demi menyumbang tiga alat pendingin hawa dan tiga kerusi roda di pusat itu di sini semalam.

Menurutnya, keadaan alat pendingin hawa rosak dihadapi pesakit dan kakitangan perubatan di pusat itu sejak empat bulan lalu mendorong beliau menyumbang tiga alat pendingin hawa baharu dan tiga kerusi roda demi keselesaan pesakit.

“Saya datang ke Limbang, sebab tengok keadaan alat pendingin hawa di Pusat Hemodialis­is Hospital Limbang sudah rosak.

“Jadi, saya datang dari Brunei untuk bantu mereka. Saya tidak pilih bangsa, tidak pilih negeri, yang susah saya cuba bantu,” katanya kepada media ditemui pada penyerahan tiga alat pendingin hawa dan tiga kerusi roda kepada Unit Hemodialis­is Hospital Limbang semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Hospital Limbang, Dr Nurain Yahya dan Penyelia Pusat Hemodialis­is Hospital Limbang Lijau Basar.

Selain Limbang, katanya beliau turut aktif menyumbang pelbagai bantuan dan wang tunai kepada persatuan di Brunei termasuk ketika dunia dilanda pandemik COVID-19.

Sementara itu, Dr

Saya tidak pilih bangsa, tidak pilih negeri, yang susah saya bantu, mungkin tidak sebanyak mana yang penting saya dapat membantu orang lain.

Ngui Poh Fook Usahawan Brunei

Nurain berkata Hospital Limbang masih memerlukan

kemudahan-kemudahan perubatan bagi merawat

pesakit ekoran kekangan peruntukan selain pertambaha­n jumlah pesakit setiap tahun.

Katanya, usaha penderma luar menyumbang kemudahan seperti alat pendingin hawa, mesin hemodialis­is, kerusi roda dan bantuan demi keselesaan pesakit di Hospital Limbang amatlah dialu-alukan.

“Kemudahana­latpending­in hawa itu amat diperlukan bagi menggantik­an kerosakan alat pendingin hawa di pusat tersebut sejak empat bulan lalu.

“Manakala kerusi roda dapat memudahkan ahliahli keluarga membawa pesakit sukar berjalan ketika melakukan hemodialis­is,” jelasnya.

Beliau berterima kasih kepada penderma bermurah hati menyumbang kemudahan-kemudahan perubatan tersebut demi keselesaan pesakit di Hospital Limbang.

Pada masa ini, Pusat Hemodialis­is Hospital Limbang mempunyai sebanyak 14 mesin hemodialis­is mampu melakukan hemodialis­is kepada 39 pesakit setiap hari.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Ngui (dua kiri) dan isteri, Choon Ken bersalaman dengan Dr Nurain (tiga kanan) disaksikan Lijau (dua kanan) pada penyerahan alat pendingin hawa dan kerusi roda di Hospital Limbang semalam.
TERIMA KASIH: Ngui (dua kiri) dan isteri, Choon Ken bersalaman dengan Dr Nurain (tiga kanan) disaksikan Lijau (dua kanan) pada penyerahan alat pendingin hawa dan kerusi roda di Hospital Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia