Utusan Borneo (Sarawak)

Peminat muzik, pendidik seluruh Malaysia sertai Bengkel Konduktor Koir Sarawak

-

Peminat muzik dan pendidik dari seluruh Malaysia telah berkampung di Bengkel Konduktor Koir Sarawak yang diadakan di sebuah hotel di sini pada 26 hingga 28 Januari lalu.

Menurut satu kenyataan pihaknya, mereka terdiri daripada peserta Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Johor dan Kedah yang mempunyai latar belakang berbeza dalam bidang muzik.

Bengkel tersebut diketuai konduktor koir yang terkenal, Susanna Saw.

“Program ini direka bentuk untuk guru, konduktor koir, ahli koir, kumpulan koir dan individu yang meminati muzik paduan suara.

“Ia menjanjika­n pengalaman yang mengasyikk­an meliputi teknik pengendali­an asas, strategi pengambila­n, teknik latihan, bacaan repertoir dan pedagogi vokal,” katanya.

Di bawah bimbingan Susanna dari Young Choral Academy (YCA), para peserta memperhalu­si kemahiran mereka.

Acara tersebut bertujuan memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang dinamik koir dan meningkatk­an kebolehan peserta sebagai konduktor.

Bengkel Konduktor Koir Sarawak dengan bangganya menerima sokongan daripada Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME), yang menunjukka­n komitmen

terhadap kemajuan pendidikan muzik di rantau ini.

Pada masa sama KCS (Kuching Choral Society) merancang menganjurk­an lebih banyak acara pada masa depan, termasuk Festival Choral yang dijadualka­n untuk diadakan pada bulan Jun nanti.

Sementara itu, Leong

Chin Chin daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak berkata bengkel dan aktiviti muzik serta paduan suara memberi keunikan dalam landskap pendidikan.

Para peserta mengakhiri bengkel dengan bersama menyanyika­n lagu ‘Untukmu Malaysia’, mencipta keharmonia­n dalam muzik bersama, tambahnya.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Para peserta Bengkel Konduktor Koir Sarawak merakam kenangan bersama baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Para peserta Bengkel Konduktor Koir Sarawak merakam kenangan bersama baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia