Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan Ulu Paku dijangka siap 23 Februari

Projek dibiayai KKDW dari Simpang Kenyungan hingga ke SK Paku, dilaksana JKR Sarawak

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis melakukan tinjauan ke atas projek pembinaan Jalan Ulu Paku, Undop dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, tinjauan itu berikutan aduan penduduk Kampung Batu Lintang yang diajukan ke pejabat Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Sarawak mengenai keadaan jalan raya yang tertangguh pembinaann­ya serta didakwa membahayak­an pengguna jalan raya yang menggunaka­n kereta kecil dan motosikal.

“Bertindak atas aduan melalui satu surat kepada pihak SUHAKAM Sarawak 11 Januari lalu, saya telah melakukan lawatan tapak pada27Janu­aridanmend­apati jalan dari simpang ke Ulu Paku telah diturap dan kerja pembinaan sedang berjalan,” ujarnya.

Menurutnya, projek naik taraf Jalan Ulu Paku Undop dibiayai Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan sekarang ini Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sepanjangl­apankilome­terdari Simpang Kenyungan hingga

Bertindak atas aduan melalui satu surat kepada pihak SUHAKAM Sarawak 11 Januari lalu, saya telah melakukan lawatan tapak pada 27 Januari dan mendapati jalan dari simpang ke Ulu Paku telah diturap dan kerja pembinaan sedang berjalan.

ke Sekolah Kebangsaan (SK) Paku dan dilaksanak­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menjelaska­n, projek bernilai

RM19.1 juta itu dibina dalam tempoh 18 bulan bermula 13 Januari 2022 oleh kontraktor Welfield Services Sdn Bhd dan sepatutnya siap pada 12 Julai tahun lepas.

Namun katanya, projek tersebutme­ngalamikel­ewatan akibat beberapa faktor seperti perubahan reka bentuk pada pelan asal disebabkan pengalihan utiliti dan faktor cuaca.

Tambahnya lagi,

permohonan masa tambahan (EOT) berjumlah 219 hari juga telah diluluskan.

“Tarikh baharu projek siap selepas kelulusan EOT adalah pada 23 Februari depan dan pada masa sekarang, kerja-kerja menurap jalan telah selesai dan sekarang tumpuan pembinaan adalah parit konkrit di sepanjang jalan berkenaan,” tegasnya.

“Satu lawatan tapak akan dicadangka­n bersama pihak

SUHAKAM dan agensi pelaksana untuk melihat sendiri keadaan jalan yang didakwa masih berbatu dan tanah merah.

“Lawatan bertujuan sebagai pencerahan kepada aduan penduduk yang kemungkina­n besar tidak berada di kawasan tersebut dan merupakan penduduk imigran ekonomi yang menetap di kawasan bandar,” ujarnya dalam satu kenyataan media kelmarin.

Datuk Francis Harden Hollis Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

 ?? ?? TINJAU: Harden melakukan tinjauan terhadap aduan rakyat tentang kerja pembinaan jalan dari simpang ke Ulu Paku Undop Sabtu lalu.
TINJAU: Harden melakukan tinjauan terhadap aduan rakyat tentang kerja pembinaan jalan dari simpang ke Ulu Paku Undop Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia