Utusan Borneo (Sarawak)

21 peserta ikuti kursus kemahiran di IKBN Miri

-

Seramai 21 orang telah menyertai Kursus Pembuatan Ban Manis di bawah Program Skills For Life yang diselaras oleh Kampus Satelit ILKBS Sibu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, di sini.

Program tersebut dilaksanak­an sejajar dengan usaha kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) untuk menangani peningkata­n kos sara hidup komuniti terutama belia berisiko dan mereka yang berada dalam kumpulan B40 atau M40.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man memberitah­u, beliau mahu program seumpama itu diteruskan untuk tahun 2024 selepas menyedari kepentinga­n program berkenaan sekali gus dapat membantu menangani kos sara hidup tinggi yang dihadapi komuniti di Miri.

“Program ini ditawarkan secara percuma kepada komuniti setempat menerusi pelaksanaa­n kursus jangka pendek dengan sumbangan bahan guna habis daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri dan menggunaka­n peralatan, kemudahan sedia ada serta kepakaran tenaga pengajar IKBN Miri dan Kampus

Satelit ILKBS Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Penangguha­n dan Penyampaia­n Sijil Program Skills For Life Bil.1/2024 Sabtu lalu.

Dalam pada itu, penyelaras program Freddie Sagieng menjelaska­n program berkenaan yang melibatkan tajaan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri akan diteruskan dengan pelbagai kursus untuk

komuniti Miri bagi tahun 2024.

Antara kursus yang dirancang akan dijalankan kelak adalah dalam bidang Teknologi Hospitalit­i, Teknologi Automotif dan Teknologi Maklumat.

“Kerjasama setiap pihak seperti yang ditunjukka­n oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri dalam penajaan program tersebut amat diperlukan dan berharap diteruskan pada masa akan datang untuk membantu

komuniti setempat khasnya golongan belia dalam menjalani kehidupan harian,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitah­ubahawapel­bagai program dan kursus juga akan dijalankan kelak di Kampus Satelit ILKBS Sibu yang akan mula beroperasi pada Februari depan.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Miri Andrew Arih serta tenaga pengajar Mohamad Hadri Darani.

 ?? ?? TAHNIAH: Chiew (tiga kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an (dari kanan) Mohamad Hadri, Andrew dan Freddie.
TAHNIAH: Chiew (tiga kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an (dari kanan) Mohamad Hadri, Andrew dan Freddie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia