Utusan Borneo (Sarawak)

UPMKB, Pejabat Pendidikan Daro anjur Forum Pendidikan Tinggi

- Sumbangan Sudirman Asmadi (Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidik­an UPMKB)

Peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertulis yang bermula pada 30 Januari, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasamaP­ejabatPend­idikan Daerah Daro menganjurk­an Forum Pendidikan Tinggi bertajuk ‘Antara Mengejar Cita-cita atau Bekerjaya Awal’ di Daro.

Panel forum terdiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad dan Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) UPMKB, Profesor Madya Dr Noorasmah Saupi.

Program itu memberi panduan dan nasihat kepada calon-calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah Daro memahami keperluan memilih peluang melanjutka­n pendidikan tinggi atau kerjaya awal usia muda.

Forum dimulakan dengan isuberkait­antarikan‘ekonomi gig’ seperti kecenderun­gan bekerja sebagai pemandu dan penghantar makanan e-hailing kalangan lepasan pelajar SPM berbanding melanjutka­n pengajian ke peringkat universiti atau institusi pendidikan tinggi.

Safiee berkata, peluang ekonomi gig sebaik-baiknya digunakan sebagai kaedah menjana pendapatan terutamany­a ketika menyambung pengajian ke universiti sekali gus perlu dilihat sebagai peluang dan bukan penghalang ke pendidikan tinggi.

“Paling utama kita perlu menilaidan­menyesuaik­annya dengan kemahiran, minat dan kelayakan memilih sama ada melanjutka­n pengajian atau bekerja awal dalam bidang diminati,” katanya.

Beliau berkata, dari segi bantuan kewangan dan pinjaman pendidikan, pelajar tidak harus menjadikan satu halangan dan masalah terutamany­a bagi keluarga berpendapa­tan rendah B40.

“Pelajar perlu meletakkan keyakinan dan usaha melanjutka­n pengajian terlebih dahulu memandangk­an masalah kewangan itu hanya persepsi bukan hutang tetapi satu pelaburan,” jelasnya.

Menurutnya, bantuan kewangan dan rezeki itu

ada sekiranya betul-betul berusaha dan melakukan terbaik mendapatka­nnya.

“Hari ini banyak bantuan kewangan disediakan pendidikan oleh kerajaan terutamany­a Kerajaan Sarawak dan pihak lain menyediaka­n bantuan serta biasiswa pendidikan,” katanya.

Beliau sendiri sebagai wakil rakyat Daro, bersedia membantu dalam usaha meningkatk­an taraf pendidikan anak-anak muda di Daro.

“Bukan senang hendak senang dan bukan susah hendak susah, yang penting

pupuk minat serta cari peluang belajar,” jelasnya sambil menasihati caloncalon SPM dan STPM bijak memilih keperluan kepakaran pada masa kini dan masa depan.

Katanya, cari pengalaman dengan melanjutka­n pendidikan ke peringkat lebih tinggi terutamany­a pengalaman belajar di universiti.

“Musuh kita adalah diri kita sendiri dan kita perlu lawan fikiran negatif tidak menggalakk­an untuk maju,” jelasnya.

Katanya, selain universiti terdapat institusi-institusi

pendidikan tinggi lain boleh disesuaika­n dengan bidang diminati dan keperluan kerjaya pasaran pada masa kini.

Sementara itu, Dr Noorasmah berkata pelajar perlu bijak memilih dan menilai keperluan sama ada menyambung pengajian atau terus memilih kerjaya semasa umur masih muda.

“Nasihat saya, sebaikbaik­nya pelajar lepasan SPM melanjutka­n pengajian ke peringkat seterusnya terutamany­a memenuhi syarat dan kelayakan agar mempunyai pilihan kerjaya masa depan.

“Tidak salah bekerja awal namun pelajar perlu bijak mengambil peluang melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi apatah lagi mendapat tawaran ke universiti,” katanya.

Menurutnya, pelajar perlu melihat masa depan dengan menjadikan pendidikan sebagai asas utama untuk membentuk peluang kerjaya, kerana kegagalan pelajar dalam mengambil peluang ini akan menjadikan mereka kekal di takuk lama.

Justeru, beliau menasihati pelajar-pelajar tidak terpengaru­h dengan budaya glamor iaitu terpukau dengan

kerjaya sebagai pempengaru­h atau ‘influencer’ dalam ‘TikTok’ atau Facebook sehingga sanggup mengetepik­an pendidikan peringkat lebih tinggi serta menolak tawaran kemasukan ke universiti.

“Pelajar perlu berusaha mendapatka­n keputusan peperiksaa­n terbaik bagi merebut peluang melanjutka­n pendidikan ke peringkat tinggi dan tidak hanya duduk diam dengan menilai diri kerana tindakan itu tidak dapat memajukan diri seperti orang lain berjaya,” jelasnya.

Katanya, kemudahan kewangan dan biasiswa

melanjutka­n pendidikan tinggi semakin banyak ditawarkan dengan mengambil contoh beliau sendiri mendapat tajaan sehingga berjaya melanjut pengajian ke peringkat doktor falsafah serta kini bergelar pensyarah universiti.

“Saya sendiri berasal dari keluarga sederhana dan membesar di Kampung Jemoreng, Matu, Mukah dan bersyukur kini mampu membanggak­an ibu bapa dan keluarga saya.

“Maka, jangan berhenti belajar berusaha menyambung pengajian setinggi boleh, dapatkan bantuan kewangan yang ada,” katanya.

Beliau berharap anakanak Daro, Mukah terus bertekad merebut peluang melanjut pendidikan ke peringkat lebih tinggi atau meningkatk­an kemahiran dalam bidang kepakaran berbanding bekerja awal di usia muda.

Aktiviti lain turut diadakan ialah taklimat kemasukan ke universiti oleh Univesiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta pengembang­an pertanian tanaman hidroponik untuk penduduk Kampung Badong dan Kampung Semop.

 ?? ?? FORUM: Dr Noorasmah (dua kanan) memberi penerangan berkenaan topik dibincangk­an. Turut kelihatan Safiee (dua kiri) dan moderator, Hairunisah Abdul Rahman serta Ellysa Edward.
FORUM: Dr Noorasmah (dua kanan) memberi penerangan berkenaan topik dibincangk­an. Turut kelihatan Safiee (dua kiri) dan moderator, Hairunisah Abdul Rahman serta Ellysa Edward.
 ?? ?? TANDA KENANGAN: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah, Has Noh (kanan) mewakili pengetuany­a menyampaik­an cenderamat­a kepada Safiee.
TANDA KENANGAN: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah, Has Noh (kanan) mewakili pengetuany­a menyampaik­an cenderamat­a kepada Safiee.
 ?? ?? PENGHARGAA­N: Dr Noorasmah menyampaik­an cenderamat­a daripada UPMKB kepada Safiee.
PENGHARGAA­N: Dr Noorasmah menyampaik­an cenderamat­a daripada UPMKB kepada Safiee.
 ?? ?? UNTUK ALBUM: Safiee merakamkan kenangan bersama pelajar dan pengurusan UPMKB.
UNTUK ALBUM: Safiee merakamkan kenangan bersama pelajar dan pengurusan UPMKB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia