Utusan Borneo (Sarawak)

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah selamat tiba di Pahang

-

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, selepas tamat tempoh lima tahun bersemayam di Istana Negara.

Pesawat khas membawa Seri Paduka berdua yang berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), mendarat di sini pada pukul 11.55 pagi.

Keberangka­tan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh anakanda Seri Paduka, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, kerabat diraja, dan barisan pemimpin kerajaan negeri, diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta ribuan rakyat negeri Pahang.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah seterusnya berangkat ke Pentas Diraja sebelum kawalan kehormatan mempersemb­ahkan ‘Hormat Diraja’ disusuli lagu Negaraku dan lagu negeri ‘Allah Selamatkan Sultan Kami’, dengan diiring tembakan meriam 21 das oleh Rejimen ke-7 Artileri Diraja, Kem Batu 3, Temerloh.

Al-Sultan Abdullah yang memakai ‘muskat’ iaitu pakaian rasmi Yang diPertuan Agong, kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama, diikuti bacaan doa oleh Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan persembaha­n ‘Hormat Diraja’ buat kali kedua serta lagu Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Kami.

Seri Paduka berdua kemudianny­a turun dari Pentas Diraja dan bersalaman den

gan tetamu sebelum berangkat ke Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Jalan Teluk Sisek yang terletak kira-kira 20 kilometer bagi majlis santapan.

Ribuan rakyat Pahang turut berhimpun di beberapa lokasi di sepanjang jalan sejak awal pagi lagi untuk meraikan keberangka­tan pulang Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang merupakan Sultan dan Tengku Ampuan Pahang.

Perarakan diraja kemudian diiring sejauh satu kilometer bermula dari Jalan Mahkota oleh pasukan yang menaiki

16 ekor kuda dari Kelab Polo Diraja Pahang dan dua ekor gajah bernama ‘Alam’ dan ‘Sanum’, yang didatangka­n khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang, Temerloh dekat sini.

Al-Sultan Abdullah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-16 menamatkan pemerintah­an semalam, selepas memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 30 Jan 2019 dan digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIRIH PULANG KE GAGANG: Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas tamat tempoh lima tahun bersemayam di Istana Negara.
— Gambar Bernama SIRIH PULANG KE GAGANG: Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas tamat tempoh lima tahun bersemayam di Istana Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia