Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran di taman negara UNESCO Argentina akibat pembakaran dengan sengaja: Pegawai

-

BUENOS AIRES: Kebakaran yang memusnahka­n kira-kira 600 hektar kawasan taman negara di Argentina adalah akibat pembakaran dengan sengaja, kata seorang pegawai pada Ahad.

“Kami mengesahka­n bahawa kebakaran itu dimulakan dengan niat,” kata Ignacio Torres, gabenor wilayah Chubut, yang diterbangk­an di atas Taman Negara Los Alerces, sebuah kawasan Warisan Dunia UNESCO, untuk memeriksa kemusnahan itu.

“Mereka yang bertanggun­gjawab memulakan kebakaran ini perlu menjawab di mahkamah,” tegas beliau, menggesa “langkah-langkah teladan”.

Torres menyatakan dalam temu bual radio sebelum itu bahawa kebakaran itu dimulakan oleh anggota Mapuche Ancestral Resistance (RAM), sebuah kumpulan peribumi kecil yang menuntut tanah yang diambil oleh pihak negara ketika kurun ke-19 serta menentang pembalakan.

“Masalahnya bukan penduduk peribumi namun penjenayah yang merampas tanah di bawah bendera palsu... Saya fikir ia adalah masa untuk meletakkan satu

penghalang pasti terhadapny­a,” jelas beliau.

Anggota bomba telah berdepan dengan kebakaran yang memusnahka­n taman selama tiga hari, cuba untuk menghalang api dari merebak ke beberapa pekan berhampira­n seperti Esquel dan Trevelin, kira-kira 2,000 kilometer (1,200 batu) barat daya Buenos Aires.

Mereka telah dibantu oleh dua kapal terbang penyembur air, sebuah pesawat peninjauan dan dua helikopter pengebom air, menurut maklumat rasmi.

Pejabat gabenor Chubut menyatakan kerja-kerja pada Ahad telah menjadi sukar akibat keadaan cuaca, yang menyebabka­n asap yang menyelubun­gi kawasan

tersebut dan mengurangk­an tahap penglihata­n.

Suhu di Patagonia, sebuah wilayah yang biasanya sejuk dan berangin di selatan Argentina, mencecah 40 darjah Celsius pada musim panas hemisfera selatan, dengan dua wilayah mengumumka­n perintah darurat disebabkan risiko kebakaran sehingga April.

 ?? — Gambar AFP ?? PEMBAKARAN DENGAN SENGAJA: Gambar serahan Taman Negara Argentina menerusi Telam menunjukka­n helikopter mencurahka­n air untuk memadamkan kebakaran di Taman Negara Los Alerces di wilayah Chubut pada Jumaat lepas.
— Gambar AFP PEMBAKARAN DENGAN SENGAJA: Gambar serahan Taman Negara Argentina menerusi Telam menunjukka­n helikopter mencurahka­n air untuk memadamkan kebakaran di Taman Negara Los Alerces di wilayah Chubut pada Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia