Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa kepada penembak sekolah Serbia dihadap dalam perbicaraa­n

-

Ibu bapa kepada seorang remaja berusia 13 tahun yang dituduh membunuh 10 orang dalam kejadian tembakan di sekolah pada tahun lepas dihadapkan dalam perbicaraa­n di bandar utama Belgrade di Serbia kelmarin.

Serangan itu berlaku pada Mei lepas – dan kejadian tembakan beramai-ramai kedua sehari kemudian – telah menggegark­an negara Balkan, mencetuska­n beberapa tunjuk perasaan antikeraja­an yang disatukan menjadi pakatan pembangkan­g yang bertanding dalam pilihan raya baru-baru ini.

Pendakwa raya berkata remaja itu, kini dirawat di sebuah hospital mental, menembak sembilan rakan sekelasnya dan seorang pengawal keselamata­n di sekolah Belgrade dengan menggunaka­n senjata milik bapanya.

Mereka mendakwa si bapa telah melatih remaja lelaki

itu untuk menembak, tidak menyimpan senjata dan pelurunya

dengan baik serta membenarka­n anak lelakinyau­ntukmenyem­bunyikan

sepucuk pistol dan 92 biji peluru di dalam beg sandangnya yang digunakann­ya dalam kejadian tembakan itu.

Dia turut didakwa dengan “tindakan serius bertentang­an dengan keselamata­n umum”. Ibu remaja itu turut dituduh memiliki peluru secara haram.

“Saya mengharapk­an satu perbicaraa­n yang sah dan adil, pada penghujung­nya di mana mahkamah akan mensabitka­n defendan atas kesalahan jenayah terhadap mereka,” ketua pendakwaan Nenad Stefanovic memberitah­u Serbia RTS kelmarin.

Pendakwa raya telah turut mendakwa ketua sebuah kelab menembak Serbia dan seorang jurulatih kerana memberikan keterangan palsu.

Budak lelaki itu berusia 13 tahun pada masa serangan, menjadikan­nya tidak bertanggun­gjawab dari segi jenayah di bawah undangunda­ng Serbia.

 ?? — Gambar AFP ?? SETAHUN SELEPAS SERANGAN: Seorang wanita kelmarin berjalan melintasi pintu masuk ke sekolah di Belgrade di mana seorang pelajar pada tahun lepas melepaskan tembakan rambang yang membunuh 10 orang, termasuk sembilan rakan sekelasnya.
— Gambar AFP SETAHUN SELEPAS SERANGAN: Seorang wanita kelmarin berjalan melintasi pintu masuk ke sekolah di Belgrade di mana seorang pelajar pada tahun lepas melepaskan tembakan rambang yang membunuh 10 orang, termasuk sembilan rakan sekelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia