Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita cedera parah dibaham ikan jerung di Pelabuhan Sydney

-

Seekor ikan jerung membaham seorang wanita yang sedang berenang di Pelabuhan Sydney dalam serangan ngeri yang menyebabka­n wanita itu dimasukkan ke hospital dengan kecederaan kaki yang serius, menurut pihak berkuasa dan media semalam.

Haiwan pemangsa itu menyerang pada petang kelmarin ketika wanita itu berenang di luar sebuah jeti di Elizabeth Bay, kurang dari dua kilometer (1.2 batu) dari bangunan ikonik Sydney Opera House, kata polis.

Wanita itu mengalami kecederaan serius pada kaki kanannya, kata polis New South Wales dalam satu kenyataan.

Ia merupakan serangan ikan jerung yang pertama di pelabuhan Sydney sejak 2009, apabila seorang penyelam tentera laut Australia melawan seekor ikan jerung bull yang menggigitn­ya di bahagian lengan dan kaki di Woolloomoo­loo Bay.

Jiran tetangga bergegas untuk membantu mangsa di Elizabeth Bay, lapor Sydney Morning Herald, mengenal pasti mangsa sebagai Lauren

O’Neill yang berusia 29 tahun.

Ia memetik seorang penduduk yang mendengar “jeritan lembutnya” meminta tolong dari tingkapnya.

“Dia telah cuba untuk memanjat naik dan di belakangny­a adalah kakinya, yang telah terbuka sepenuhnya dan berlumuran darah merah pekat di belakangny­a,” penduduk Michael Porter dipetik sebagai berkata.

“Ia adalah pelik. Kami sering berasa bimbang dan tahu mengenai ikan jerung di pelabuhan... ia adalah hanya sekarang ia dirasai sangat benar.”

Seorang doktor haiwan yang tinggal berhampira­n telah meletakkan pembalut pada luka, menurut laporan akhbar.

“Dia berenang menuju ke bot dan dalam perjalanan balik dia dibaham oleh, saya fikir ia adalah seekor ikan jerung bull,” kata seorang saksi lain kepada syarikat berita tempatan OnScene Bondi.

Wanita itu berada kini dalam keadaan stabil di unit rawatan rapi di hospital St Vincent, kata jurucakap hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia