Utusan Borneo (Sarawak)

Jeneral Myanmar maut ditembak penembak tepat

Diserang ketika helikopter dinaikinya bersama tiga anggota tentera lain mahu mendarat di sempadan Thailand

-

YANGON: Empat anggota tentera Myanmar termasuk seorang brigadier jeneral ditembak penembak tepat di sempadan Thailand kelmarin, sumber tentera memberitah­u AFP.

Brigadier Jeneral Aye Min Naung bersama pegawai keselamata­n peribadiny­a dan dua juruterban­g ditembak penembak tepat ketika helikopter dinaiki mereka mahu mendarat di timur bandar Thingannyi­naung berhampira­n Myawaddy di sempadan Thailand, kata sumber tentera.

“Brigadier jeneral itu kemudian meninggal dunia. Dua anggota tentera lain dalam helikopter itu terselamat, katanya tanpa memberikan maklumat lanjut.

Sumber itu tidak menyatakan berapa ramai penembak tepat yang terbabit dalam serangan itu.

Junta kerap bertempur di sekitar Myawaddy dengan pejuang etnik minoriti dan kumpulan Pasukan Pertahanan Rakyat bersekutu dalam beberapa bulan kebelakang­an ini.

Media tempatan menyiarkan gambar kononnya kesan susulan kejadian yang menunjukka­n sebuah helikopter terdampar di atas padang.

Sebuah syarikat tempatan berkata helikopter itu ialah Eurocopter 365 dengan enjin berkembar.

Brigadierj­eneralitum­erupakan pegawai berpangkat tinggi terbaru yang terbunuh di barisan hadapan ketika junta memerangi penentang dalam rampasan kuasanya di seluruh pelosok negara ini.

Pada November, seorang brigadier jeneral batalion infantri ringan terbunuh apabila bom digugurkan dari dron di Monekoe berhampira­n sempadan China ketika pertempura­n, sumber tentera memberitah­u AFP.

Enam brigadier jeneral sekarang dalam tahanan kerana menyerah diri bersama lebih 2,000 anggota tentera kepada pakatan pejuang etnik minoriti di wilayah berhampira­n Kokang.

Pada November, jet pejuang ringan membawa dua juruterban­g terhempas di timur negara di tengah-tengah pertempura­n, dengan pasukan tentera antirampas­an kuasa mengaku menembak jatuh pesawat itu.

Bagaimanap­un junta mendakwa kegagalan enjin yang menyebabka­n nahas tersebut.

Myanmar dibelenggu konflik sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, dengan beberapa kumpulan etnik bersenjata bangkit menentang junta dari pelbagai penjuru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia