Utusan Borneo (Sarawak)

AFCON: Ivory bangkit, kejutkan Senegal

Menyingkir­kan juara bertahan itu menerusi sepakan penalti dalam pusingan 16 akhir bagi mengekalka­n harapan untuk memenangi kejuaraan di laman sendiri

- — AFP

ABIDJAN: Tuan rumah Ivory Coast mengejutka­n Senegal pada Piala NegaraNega­ra Afrika (AFCON) kelmarin, menyingkir­kan juara bertahan itu menerusi sepakan penalti dalam pusingan 16 akhir bagi mengekalka­n harapan mereka untuk memenangi kejuaraan di laman sendiri.

Seminggu lalu, Ivory kelihatan seolah-olah telah bersedia untuk tersingkir dari peringkat kumpulan dari AFCON mereka sendiri, tetapi kini mereka ke suku akhir selepas menewaskan Senegal 5-4 menerusi sepakan penalti penentuan berikutan seri 1-1 perlawanan tersebut.

The Elephants mara ke fasa kalah mati dengan rekod terburuk daripada empat pasukan, selepas menamatkan pusingan pertama dengan kekalahan memalukan 0-4 kepada Equatorial Guinea, kekalahan paling berat mereka di tempat sendiri.

Mereka memecat jurulatih veteran Perancis, Jean-Louis Gasset dan gagal untuk membawa masuk bekas jurulatih, Herve Renard dalam perjanjian jangka pendek.

Sebaliknya bekas pemain, Emerse Fae dilantik secara interim, dengan harapan dapat membangkit­kan pasukan

menjelang perlawanan yang sukar menentang pemegang semasa.

Ia malam yang mencabar bagi Ivory Coast di Yamoussouk­ro apabila Senegal mendahului pada minit keempat menerusi Habib Diallo yang merembat hantaran lintang Sadio Mane dari sebelah

kiri.

Mane berjaya melepaskan diri dengan kad kuning kerana melakukan cabaran berbahaya ke atas Ibrahim Sangare.

Ivory Coast kemudian memenangi penalti lewat mereka sendiri, rujukan video bantuan pengadil (VAR)

menunjukka­n Nicolas Pepe telah ditendang oleh penjaga gol Senegal, Edouard Mendy.

Franck Kessie dari kelab Saudi Al Ahli menyempurn­akan penalti untuk memaksa masa tambahan.

Tanpa menjaringk­an gol lagi, perlawanan masuk ke sepakan penalti, dan pemain Senegal Moussa Niakhate adalah satu-satunya pemain yang terlepas apabila percubaann­ya terkena tiang.

Kessie kemudian menjaringk­an sepakan penentu untuk membawa Ivory Coast mara ke perlawanan suku akhir menentang Mali atau Burkina Faso di pusat bandar Bouake pada hari Sabtu.

Senegal tersingkir selepas menjadi satu-satunya pasukan yang memenangi ketiga-tiga perlawanan semasa peringkat kumpulan, dan penyingkir­an mereka bermakna tiada juara yang berjaya melepasi pusingan kalah mati pertama Piala Negara sejak Mesir memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut pada 2010.

Terdahulu pada hari Isnin, Cape Verde memenangi perlawanan kalah mati AFCON buat kali pertama dalam sejarah mereka apabila sepakan penalti lewat Ryan Mendes memberi mereka kemenangan 1-0 ke atas Mauritania di Abidjan.

Cape Verde mara ke suku akhir pada hari Sabtu di Yamoussouk­ro menentang sama ada Maghribi atau Afrika Selatan, yang bertemu dalam pusingan 16 akhir pada hari Selasa di San-Pedro.

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Sebahagian daripada aksi perlawanan Piala Negara-Negara Afrika di antara Senegal dan Ivory Coast di Stade Charles Konan Banny di Yamoussouk­ro, kelmarin.
— Gambar AFP RANCAK: Sebahagian daripada aksi perlawanan Piala Negara-Negara Afrika di antara Senegal dan Ivory Coast di Stade Charles Konan Banny di Yamoussouk­ro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia