Utusan Borneo (Sarawak)

Van Dijk akui Liverpool mempunyai ‘tugas besar’ untuk gantikan Klopp

-

Virgil van Dijk mengakui Liverpool mempunyai ‘tugas besar’ untuk menggantik­an Jurgen Klopp apabila pengurus Jerman itu berundur pada penghujung musim ini.

Van Dijk akur dengan keputusan mengejut Klopp untuk berhenti setelah kempen semasa tamat.

Kapten The Reds itu tidak percaya persoalan mengenai masa depan jangka panjang Liverpool akan menjejaska­n cita-cita mereka musim ini.

Mereka menumpaska­n Norwich 5-2 dalam pusingan keempat Piala FA pada hari Ahad, perlawanan pertama sejak pengumuman hebat Klopp.

Namun, dia tahu bahawa Liverpool mesti memilih pengganti Klopp dengan

betul.

“Kelab ini akan mempunyai tugasan besar dalam tangan mereka, itu sudah diketahui semua,” kata Van Dijk.

“Untuk menggantik­an bukan sahaja pengurus, tetapi seluruh kakitangan dan begitu banyak perkara yang akan berubah.

“Saya ingin tahu kami akan menuju ke arah mana tetapi kita akan melihat keadaan kita apabila itu akan diumumkan kelak.

“Ia akan menjadi penghujung era Jurgen Klopp - ini masih merupakan sebahagian daripadany­a, sebab itu saya tidak suka bercakap mengenainy­a - dan itulah tumpuan utama saya.

“Semoga kami akan memperoleh kejayaan yang kami semua impikan dan pada masa itu mungkin akan ada lebih banyak penjelasan mengenai matlamat yang kelab mahukan untuk masa depan dan kemudian kita akan lihat.”

Ditanya sama ada dia melihat dirinya menjadi sebahagian daripada era seterusnya, Van Dijk menambah: “Itu soalan besar. Saya tidak tahu.”

Ujian lebih besar menanti Liverpool dalam jelajah perpisahan Klopp, dengan Chelsea akan datang melawat pada hari Rabu sebelum mereka ke Arsenal hujung minggu depan.

Pemain pertahanan Belanda, Van Dijk, 32, menegaskan tiada apa-apa yang berbeza tentang pendekatan Liverpool ketika pendahulu Liga Perdana itu mengejar trofi dalam empat pertanding­an.

“Tiada apa-apa yang benar-benar berubah. Jelas sekali akan berubah pada penghujung musim dan pada musim baharu tetapi pada masa ini ia tidak berubah dan kami perlu terus melakukan perkara yang sama,” katanya. “Ia lebih mudah diucapkan daripada dilakukan tetapi saya rasa pemain lain juga berfikir seperti itu dan ia merupakan tugas saya untuk memastikan kami mengekalka­nnya.

“Kami semua manusia dan kami mempunyai emosi - sesetengah pemain berasa berbeza mengenai pengumuman pengurus berbanding yang lain.

“Itu perkara biasa kerana setiap orang berfikir dengan cara yang berbeza tetapi profesiona­lisme atau tahap standard tidak berkuranga­n.

“Saya lihat sesi latihan yang dalam beberapa hari kebelakang­an ini tidak berbeza daripada sebelumnya.” — AFP

 ?? ?? VAN DIJK
VAN DIJK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia