Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp sebak, bakal tinggalkan Liverpool

- — AFP

LONDON: Jurgen Klopp mengakui bahawa dia terpaksa ‘menahan diri’ sebelum perlawanan pertama yang penuh emosi di Anfield sejak dia mengumumka­n pemergiann­ya dari Liverpool.

Pengurus lagenda itu mengumumka­n bahawa dia bersedia untuk meninggalk­an Liverpool pada penghujung musim ini, menamatkan tempoh pimpinanny­a yang sarat dengan trofi selama sembilan tahun dengan kelab Merseyside itu.

Klopp jelas beremosi di ruang rehat sebelum pertembung­an Piala FA menentang Norwich City di Anfield pada hujung minggu lalu, air matanya bergenang ketika peminat Liverpool menyanyika­n ‘You’ll Never Walk Alone’ dan mengangkat sepanduk memberi penghormat­an kepada kejayaanny­a di kelab itu.

Bercakap kepada pemberita selepas kemenangan selesa 5-2 ke atas Norwich, Klopp mengakui bahawa dia sukar untuk menahan sebak sebelum perlawanan.

“Ia beremosi tetapi tugas saya adalah untuk, ia bukan selalunya mudah tetapi saya perlu menahan diri dan saya menerima semua mesej yang dihantar oleh orang ramai, saya bukan diperbuat daripada kayu, jadi saya merasai semua ini,” Klopp berkata.

“Saya berkata tidak lama dahulu, ‘Jangan menyanyika­n lagu itu semasa perlawanan’ – orang ramai sudah berhenti mendengar kata saya, baguslah itu! Tetapi

tidak mengapa, kami memenangi perlawanan itu, kami menjaringk­an gol selepas itu, dan ia perlawanan pertama, dan saya tidak berada di sini untuk memberitah­u orang ramai apa yang perlu mereka dilakukan.”

Pengurus itu juga menyeru penonton untuk mencipta suasana yang sama pada hari Rabu apabila Liverpool bertembung dengan pasukan Chelsea yang sedang bangkit semula dalam perlawanan Liga Perdana di Anfield.

“Kami bermain pada hari Rabu sekali lagi dan jika kami boleh melupakan selama 95 atau 100 minit bahawa pengurus akan pergi pada penghujung musim dan terus melakukan segala-galanya untuk mengasak Chelsea, mungkin itu bagus,” katanya.

“Dan saya tahu orang ramai juga tahu akan perkara itu, jadi saya tidak perlu menyatakan­nya. Tetapi petang ini indah secara keseluruha­nnya.”

 ?? ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia