Utusan Borneo (Sarawak)

Ten Hag bersedia pilih pasukan terkuat Man Utd

-

Erik ten Hag percaya dia sudah bersedia untuk memilih pasukan terkuat Manchester United menentang Wolves pada Khamis ini apabila beberapa orang bintangnya kembali daripada kecederaan.

United kembali beraksi dalam Liga Perdana di Molineux dengan disokong oleh Casemiro, Lisandro Martinez dan Luke Shaw yang sudah beraksi dalam kemenangan pusingan keempat Piala FA di Newport pada Ahad.

Dihalang oleh kecederaan, itu menandakan kali pertama ketiga-tiga mereka bermula bersama sejak perlawanan kedua musim ini di Tottenham pada Ogos.

Harry Maguire juga membuat penampilan lewat dari bangku simpanan dalam kemenangan 4-2 itu, penampilan pertamanya sejak 12 Disember berikutan kecederaan pangkal paha.

Penjaga gol Cameroon, Andre Onana juga akan bermain menentang Wolves selepas kembali dari Piala Negara-Negara Afrika.

Kemungkina­n Marcus Rashford akan beraksi selepas terlepas aksi Newport masih belum

diketahui.

Pada hari Jumaat, Rashford berkata dia sakit selepas dilaporkan meluangkan malam sebelumnya di kelab malam di Belfast, dengan Ten Hag mengisytih­arkan isu itu sebagai “perkara dalaman” yang akan ditanganin­ya.

Tetapi ditanya sama ada perlawanan Wolves boleh menjadi kali pertama dia memainkan pasukan terkuatnya, Ten Hag berkata: “Boleh jadi, berpotensi ya.

“Mungkin buat pertama kali selama saya menjadi pengurus, kami boleh memilih pasukan yang mungkin paling kuat daripada skuad.”

United merosot di tempat kelapan Liga Perdana dan

disingkirk­an daripada Liga

Juara-Juara dalam peringkat kumpulan.

Mengenai kepentinga­n kembalinya pemain utamanya, Ten Hag menambah: “Saya percaya ia sangat penting. Kini mereka perlu meningkatk­an tahap kecergasan kepada 100 peratus.

“Perlawanan ini pastinya membantu, tetapi kami juga tahu apabila kami memasuki Liga Perdana, intensitin­ya lebih tinggi dan mereka terpaksa bermain ke tahap tinggi.

“Mereka mempunyai beberapa minit semasa menentang Burnley. Kini mereka mempunyai lebih banyak minit.

“Perlawanan ini sangat membantu untuk membuat

langkah seterusnya dan bersedia untuk Khamis.”

Selepas musim sukar yang dicemari oleh prestasi buruk dan masalah di luar padang, pemain sayap United, Antony mengumpan Bruno Fernandes untuk gol pembukaan di Newport sebelum menamatkan rentetan 31 perlawanan tanpa jaringan sejak April lalu.

Ten Hag berharap Antony boleh menggunaka­n persembaha­nnya sebagai batu loncatan untuk kejayaan pada separuh kedua musim ini.

“Antony memberi bantuan pada gol pertama untuk Bruno dan menghasilk­an satu gol. Jadi produk akhir, itulah yang kami tuntut daripadany­a,” Ten Hag. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TINGKATKAN STAMINA: Pemain Manchester United memanaskan badan menjelang perlawanan Piala FA pusingan keempat di antara Newport County dan Manchester United di Rodney Parade di Newport, selatan Wales, baru-baru ini.
— Gambar AFP TINGKATKAN STAMINA: Pemain Manchester United memanaskan badan menjelang perlawanan Piala FA pusingan keempat di antara Newport County dan Manchester United di Rodney Parade di Newport, selatan Wales, baru-baru ini.
 ?? TEN HAG ??
TEN HAG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia