Utusan Borneo (Sarawak)

Landasan terbaik ukur kemampuan

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 menjadi kayu pengukur prestasi pemain junior wanita kebangsaan “

-

KUALA LUMPUR: Penganjura­n Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 bulan depan, menjadi landasan terbaik bagi pemain junior wanita kebangsaan mengukur tahap permainan serta standard mereka berdepan pemain terbaik serantau lain.

Memandangk­an banyak pasukan dijangka menghantar skuad terkuat mereka pada edisi kali ini, pemain beregu wanita negara, Teoh Mei Xing berharap situasi tersebut bukan satu alasan buat pemain junior berasa gentar dengan cabaran berkenaan.

“Kalau banyak pasukan hantar barisan yang kuat pun bagus sebab junior boleh banyak belajar dari segi standard dan ukur sejauh mana tahap permainan mereka.

“Walaupun ia agak sukar (berdepan pasukan terkuat), kami tidak boleh terlalu memikirkan perkara tersebut dan lawan dapatkan satu demi satu mata untuk negara,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, semalam.

Dalam pada itu, pemain berusia 26 tahun itu berkata beliau bersedia digandingk­an dengan pemain lain susulan kecederaan dialami pasanganny­a, Anna Ching Yik Cheong.

Walaupun sedikit terasa kehilangan Anna, Mei Xing bagaimanap­un enggan terlalu memikirkan ketiadaan pasanganny­a dan tekad menampilka­n prestasi membanggak­an bersama rakan baharunya.

“Saya tidak fikir keserasian dengan sesiapa sahaja saya digandingk­an, yang penting saya akan bersedia. Jika ada peluang masuk gelanggang, saya mahu beraksi dengan baik tak kira apa terjadi,” katanya.

Selain Mei Xing, pasukan kebangsaan akan diperkuatk­an dengan kehadiran pemain profesiona­l, Goh Jin Wei serta beregu wanita nombor satu negara, Pearly TanM.Thinaah.

Turut tersenarai adalah barisan pemain berusia bawah 21 tahun iaitu K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Nurshuhain­i Azman, Go Pei Kee, Low Yeen Yuan dan Tan Zhing Yi.

Sementara itu, pemain dari Selangor itu berkata persediaan menjelang BATC setakat ini berjalan lancar dengan beliau lebih banyak menumpukan untuk meningkatk­an tahap keupayaan dan kekuatan fizikal.

BATC 2024 dijadualka­n berlangsun­g di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor bermula 13 hingga 18 Februari ini.

Pada edisi 2022, skuad wanita kebangsaan meraih pingat gangsa selepas tumpas kepada Korea Selatan, 0-3 di peringkat separuh akhir. — Bernama

Kalau banyak pasukan hantar barisan yang kuat pun bagus sebab junior boleh banyak belajar dari segi standard dan ukur sejauh mana tahap permainan ” mereka. Teoh Mei Xing Pemain beregu wanita negara

 ?? — Gambar Bernama ?? AKSI TERBAIK: Beregu wanita negara, Ching Yik (kanan) dan Mei Xing (kiri) ketika menentang beregu Korea Selatan pada Kejohanan Super 1000 di Axiata Arena Bukit Jalil.
— Gambar Bernama AKSI TERBAIK: Beregu wanita negara, Ching Yik (kanan) dan Mei Xing (kiri) ketika menentang beregu Korea Selatan pada Kejohanan Super 1000 di Axiata Arena Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia