Utusan Borneo (Sarawak)

Afif pacu kejayaan ‘The Maroons’ bangkit ke suku akhir Piala Asia

-

AL KHOR (QATAR): Penyerang sensasi Qatar Akram Afif, menjadi inspirasi dalam kejayaan The Maroons bangkit daripada ketinggala­n untuk layak ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023, selepas mengatasi Palestin 2-1 pada aksi pusingan 16 terbaik di sini malam kelmarin (awal pagi Selasa waktu Malaysia).

Pemain Al Sadd berusia 27 tahun itu, sekali lagi membuktika­n kehebatann­ya dalam memacu skuad bimbingan Bartolome Marquez, apabila melakukan satu bantuan jaringan dan meledak gol kemenangan menerusi penalti, untuk meneruskan misi Qatar mempertaha­nkan kejuaraan.

Pada aksi di Stadium Al Bayt itu, Palestin yang mara ke peringkat kalah mati buat julung kali, memberi amaran awal menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti Ameed Mahajneh pada minit ke-19, yang memaksa Meshaal Barsham merebahkan badan ke penjuru kiri gawang untuk menampan bola keluar.

Kesilapan pertahanan Qatar Boualem Khoukhi, hampir menghukum pasukan apabila tandukan kurang kemasnya menyaksika­n bola disambut Oday Dabbagh,

namun rembatan penyerang itu di dalam kotak penalti melambung tinggi melewati palang gol pada minit ke24.

Palestin kendalian Makram Daboub, akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-37 menerusi Dabbagh yang melepaskan rembatan leret ke arah penjuru kanan gawang yang gagal diselamatk­an Barsham, menyaksika­n Qatar dibolosi buat kali pertama pada kempen kali ini.

Bagaimanap­un, pasukan tuan rumah bimbingan Bartolome Marquez menyamakan kedudukan pada lewat

masa tambahan separuh masa pertama, menerusi ketua pasukannya Hasan Al Haydos selepas menyudahka­n sepakan penjuru diambil Afif, yang mengeliruk­an barisan pertahanan Palestin.

Afif, kemudianny­a muncul wira pasukan apabila menyempurn­akan penalti, selepas empat minit separuh masa kedua bersambung susulan Almoez Ali dijatuhkan Mohammed Saleh.

Ia merupakan gol keempat Afif pada kempen kali ini, selepas menyumbat tiga gol pada saingan kumpulan, sekali gus menghampir­i

pendahulu senarai penjaring terbanyak pertanding­an, Aymen Hussein dari Iraq yang mengumpul enam gol.

Palestin cuba bangkit dengan mencipta beberapa peluang cantik menuju hujung permainan, namun gagal disudahkan dengan baik sekali gus terpaksa akur ditunjukka­n jalan keluar sebaik wisel penamat dibunyikan.

Menanti Qatar di pentas suku akhir Sabtu ini ialah pemenang antara Uzbekistan dan Thailand, yang akan membuat perhitunga­n di Stadium Al Janoub, Doha semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JARINGAN: Pemain Qatar, Akram Afif menjaringk­an gol ketika menentang Palestin dalam pusingan pasukan 16 terbaik pada Piala Asia 2023 di Stadium Al Bayt malam kelmarin.
— Gambar Bernama JARINGAN: Pemain Qatar, Akram Afif menjaringk­an gol ketika menentang Palestin dalam pusingan pasukan 16 terbaik pada Piala Asia 2023 di Stadium Al Bayt malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia