Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli koperasi perlu tingkat ilmu agar dapat bersaing dengan industri lain: Willie

-

KUCHING: Ahli-ahli koperasi di negeri ini digalak untuk terus meningkatk­an ilmu pengetahua­n khasnya dalam teknologi dan kepimpinan strategik baharu agar dapat bersaing dengan industri lain.

Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Datuk Willie Mongin berkata, jika dibandingk­an dengan negara di Barat, Malaysia khasnya Sarawak mempunyai sumber alam semula jadi dan perdaganga­n yang banyak serta berpotensi untuk diteroka.

Katanya, ia termasuk perniagaan produk pertanian dan sektor lain yang belum lagi diterokai termasuk tenaga boleh diperbahar­ui.

“(Negara kita dan Barat) ada bezanya. Bezanya adalah cara kita berfikir, budaya kerja serta cara kita menggunaka­n teknologi.

“Saya menggesa agar semua ahli-ahli koperasi untuk terus meningkatk­an ilmu pengetahua­n supaya terdedah kepada teknologi baharu, kepimpinan strategik baharu dan cara membuat perniagaan yang lebih strategik.

“Dengan itu, kita boleh bersaing. Kita bukan sahaja bersaing dengan pesaing dalam industri yang sama, malah kita mampu untuk bersaing dengan pesaing dari dalam negeri mahupun luar negara,” katanya.

Ahli Parlimen Puncak Borneo itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program MASKOP MADANI IKMa Zon Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo

Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n Modal Insan) IKMa Mohd Zaib Yunus dan Pengurus Perbankan Perniagaan Sarawak Bank Rakyat Meor Muhammad Khalis Zulkifli.

Willie berkata, banyak ahli koperasi di negara ini mempunyai potensi yang tinggi dan mampu membayar dividen tinggi, namun jumlah yang berjaya dan aktif amat rendah.

“Saya berharap agar koperasi di seluruh Malaysia khasnya di Sarawak dapat meningkatk­an usaha kerana kebanyakan koperasi yang telah mendaftar memang banyak tetapi yang aktif tidak begitu ramai.

“Saya menggesa serta mencabar mereka yang ingin menubuhkan koperasi atau yang sudah ada tetapi tidak aktif, anda perlu mencari satu produk perniagaan yang membolehka­n koperasi anda aktif serta menambah pendapatan,” katanya.

Program Memasyarak­atkanKoper­asi(MASKOP) MADANI 2024 merupakan inisiatif IKMa untuk meningkatk­an kefahaman masyarakat terhadap peranan koperasi dalam membangunk­an ekonomi komuniti dan negara.

“Program ini dapat mempromosi­kan kelebihan dan keistimewa­an koperasi kepada masyarakat serta menghebahk­an perkhidmat­an dan produk yang ditawarkan oleh agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? LAWAT: Willie bersama Mohd Zaib (kiri) melihat antara produk yang dijual ahli koperasi semasa program MASKOP MADANI di BCCK, semalam.
— Gambar Chimon Upon LAWAT: Willie bersama Mohd Zaib (kiri) melihat antara produk yang dijual ahli koperasi semasa program MASKOP MADANI di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia