Utusan Borneo (Sarawak)

MPS teruskan inisiatif ceriakan suasana malam di bandar Sibu

Antara usaha ialah pemasangan lampu jalan LED di Jalan Lanang

- Oleh Reno Benjamin

“Hasil maklum balas orang ramai, mereka menyambut bai“k pemasangan lampu jalan LED ini. Clarence Ting Pengerusi MPS

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) akan terus berusaha menceriaka­n bandar ini terutama pada waktu malam dengan pemasangan lampu jalan LED di Jalan Lanang.

Pengerusin­ya Clarence Ting berkata, pihak majlis kini sedang meneliti pemasangan lampu jalan LED sepanjang Jalan Lanang sehingga ke Jambatan Lanang.

“Selepas Jalan Lanang, lokasi seterusnya ialah di Jalan Wong King Huo kerana kawasan ini mempunyai aliran trafik yang lebih padat.

“Hasil maklum balas orang ramai, mereka menyambut baik pemasangan lampu jalan LED ini,” ujarnya ketika bercakap pada mesyuarat bulanan MPS, semalam.

Mengenai kerja-kerja menaik taraf Taman Tasik Permai Ting berkata, projek tersebut kini hampir siap dengan pembukaan tidak rasmi laluan berbasikal dan pejalan kaki akan berlangsun­g Sabtu ini.

Menyentuh mengenai isu banjir, beliau percaya banjir akan berterusan sehingga Sibu mengalami cuaca baik sekali lagi yang dijangka selepas Tahun Baharu Cina.

Ting seterusnya mengenal pasti beberapa jalan termasuk beberapa lorong Jalan Camar, Jalan Pahlawan dan Jalan Ulu Sungai Merah yang perlu dinaik taraf.

Beliau berkata, projek melebarkan Jalan Ulu Sungai Merah akan dimulakan tidak lama lagi dengan tender projek telah ditutup dan kini dalam peringkat penilaian.

Di samping itu katanya, penyelesai­an jangka panjang juga perlu dilakukan bagi mengatasi masalah banjir di Jalan Camar dan Jalan Pahlawan.

“Penyelesai­an jangka panjang ini ialah dengan mempunyai stesen pam bagi membolehka­n air dipam keluar.

“Saya rasa kita perlu berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai perkara ini,” jelasnya.

 ?? ?? TING
TING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia